28

3.6K 206 51
                                    

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."

"LEPASKAN aku, bodoh!" jerkah Datin Aira

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"LEPASKAN aku, bodoh!" jerkah Datin Aira. Leo yang mendukung Datin Aira seperti memikul beras di hatu itu masih tidak beriak. Setakat pukul macam tu dekat bahu dia, sikit pun tidak berasa.

"Ma...mama!" Pandangan Ariesya di alihkan ke arah suara nyaring mamanya. Seperti yang di jangka, memang itu mamanya. Datin Aira Jasmin. Memang tidak salah lagi. Lelaki itu betul-betul menculik mamanya!

"Kau, Ariesya? Kau buat apa dekat sini? Eh, apa pasal aku pun terjebak sekali ni? Hey! Lepaskan aku la, lelaki tak guna!"

Leo meletakkan Datin Aira dengan kasar di atas kerusi bersebelahan dengan Ariesya. Kira-kira 2 meter jugalah jarak di antara Ariesya dan Datin Jasmin.

"Hey, aku cakap dengan kau ni. Kau pekak ke? Lepaskan aku!" Kali ini, kaki Datin Aira berjaya hinggap di pipi Leo ketika lelaki itu mengikat kaki Datin Aira di kaki kerusi.

Leo mengelap sedikit sisa kekotoran pada wajahnya lalu dia menghadiahkan jelingan setajam pemangsa menikam anak mata mangsanya. Teguk liur Datin Aira dibuatnya. Serta-merta mulutnya terkunci rapat.

"Aku tak nak ulang benda ni. Tapi disebabkan kau ni dah tua. Mungki  kau lupa, kan?" Leo bangun, lalu menundukkan wajahnya supaya separas dengan wajah Datin Aira.

"Jangan buat masalah. Sebelum aku hilang sabar, baik kau behave. Ingat, marahnya orang yang penyabar ni lebih bahaya," pesan Leo seraya menghadiahkan senyuman sinisnya. Selepas selesai kerjanya, lelaki itu terus melangkah keluar dari bilik bawah tanah itu. Buat apa mahu berlama-lama di situ? Buat pekakkan telinganya sahaja adalah!

BUM!

Terhinjut bahu kedua-dua anak beranak itu setelah mendengar efek hentakan kuat dari pintu. Bilik yang diterangi dengan lampu kalimantang itu menjadi peneman setia mereka. Sekarang ini, hanya derapan nafas mereka berdua kedengaran.

Kekok. Tiba-tiba pula suasana menjadi senyap dan kekok antara mereka. Walhal, setiap hari mereka bersua muka. Bukan ini kali pertama.

"Mama... Ariesya... Ariesya minta maaf," tutur Ariesya, ikhlas. Wajahnya ditunduk menekur lamtai. Dia tidak tahu bagaimana mahu menghadap mamanya sekarang ini.

"Kau ke punca semua ni? Kau buat apa Ariesya! Tak pasal-pasal aku pun terjebak sama!" bentak Datin Aira, lantang. Terus mengalir air mata Ariesya apabila dibentak sebegitu. Tiba-tiba pula dia berasa dirinya ini begitu berdosa. Berdosa kerana melanggar perintah-Nya selama ini. Kalau dia tidak melakukan semua benda terkutuk itu, pasti dia tidak akan jadi sebegini.

EMERALD √Where stories live. Discover now