38

2.5K 146 28
                                    

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."

SUDAH dua hari berlalu sejak Aryan sedarkan diri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUDAH dua hari berlalu sejak Aryan sedarkan diri. Tengku Amanda dan Qaisara juga ada memberitahu Laura tentang berita baik itu. Namun, Laura masih tidak menunjukkan tanda-tanda mahu menjenguk suaminya di hospital.

Kejadian tempoh hari yang berlaku di depan matanya cukup menyayat hati. Sakit hati itu masih tersisa. Buat masa sekarang, lebih baik Laura tidak memunculkan diri di hadapan Aryan. Risau juga jika amarahnya menguasai diri.

Kejam? Kejamkah dia sebagai seorang isteri tidak melawat suami yang sedang sakit di hospital? Laura juga masih keliru dengan tindakannya. Takkanlah dia mahu berdiam diri saja? Tipulah kalau dia kata dia tidak rindukan suaminya sendiri. Setiap hari dia menunggu dan menanti dengan penuh sabar sehingga Aryan sedarkan diri.

Malangnya, pada hari lelaki itu sedarkan diri, bukan wajahnya yang menjadi wajah pertama yang memenuhi pandangan suaminya. Tetapi... wanita itu. Raisya Aqiela.

Satu keluhan berat Laura lepaskan. Tangannya naik lalu menyentuh dahi. Dipicit-picit sedikit dahinya itu. Pening kepalanya apabila memikirkan hal rumah tangganya. Tambahan pula sekarang ini Raisya mula berani tunjukkan belang. Agaknya... apa lagi rancangan perempuan itu?

Tap!

Sekonyong-konyong, Laura merasakan ada sesuatu menghempap tangannya dengan perlahan. Fokus Laura mula beralih ke arah sisinya. Kelihatan, Wazien sedang memegang buku di sebelah tangan kanannya manakala Wafiq pula setia di sisi abangnya. Lama mereka merenung wajah ibunya.

Laura mula tersenyum nipis. Alahai anak-anak mama ni. Selalu ada bila mama tengah sedih macam ni. Bertambah sayang la macam ni!

"Ma... ni!" Wazien mengangkat buku yang dipegangnya tadi tinggi ke udara. Wafiq pula sudah menepuk-nepuk tangannya sambil tersengih sehingga menampakkan dua batang giginya yang putih.

"Nak mama bacakan buku ni?" soal Laura seraya mengambil buku bertajuk The Ugly Duckling dari tangan Wazien. Mata kedua-dua orang anaknya itu kekal fokus pada buku yang sudah berpindah tangan. Melihat reaksi kedua-dua puteranya itu mengundang ketawa kecil dari Laura. Ya Allah... kenapa comel sangat dia orang ni?

Sementara Wafdan masih dibuai mimpi, dapatlah Laura meluangkan masanya bersama Wazien dan Wafiq. Bila Wafdan terjaga, agak susah sedikit untuk Laura memberi fokus sepenuhnya kepada lagi dua orang anaknya. Mungkin disebabkan perangai Wafdan yang manja dan abang-abangnya pula tidak banyak ragam.

Mujurlah Laura dikurniakan anak-anak seperti Wazien dan Wafiq ini. Walaupun mereka masih kecil, mereka seolah-olah faham saja apabila Wafdan membuat perangai. Wazien dan Wafiq selalunya akan bermain bersama dan membiarkan Laura memberikan sepenuh perhatian kepada Wafdan.

EMERALD √Where stories live. Discover now