12

4.4K 290 86
                                    

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."

LAMA Aryan merenung rantai yang bertatahkan permata Emerald itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LAMA Aryan merenung rantai yang bertatahkan permata Emerald itu. Perasaannya bercelaru. Sedih. Itu perasaan yang sebenar-benarnya dia rasakan ketika ini. Baru saja dia ingin gembira setelah menemui gadis yang sudah lama bertakhta di hatinya. Namun, mesej yang diterimanya tadi serta merta mematikan perasaan gembira itu.

Emilia mengandung. Ya, itulah berita 'gembira' yang diterimanya tadi. Sesekali Aryan mengerling pula ke arah phone yang terletak elok di atas meja itu. Fikirannya mengimbas kembali saat dia menerima mesej daripada Laura.

Ting!

+6012 _______

+ Halluuuuu

Aryan yang baru sahaja selesai membersihkan diri, mula mencapai telefonnya yang berada di atas katil setelah norifikasi phone miliknya berbunyi.

"Siapa pula yang chat aku ni?" omel Aryan sendirian sebelum kotak notifikasi di skrin telefonnya di tekan.

+6012_______

- Siapa ni?

+ Kau ni ada penyakit Alzheimer ke apa? Kau yang save nombor sendiri dekat phone aku, kau lupa pula. Sah, kau ada penyakit tu.

Eh. Emilia rupanya. Ingatkan siapalah tadi. Aryan mula tersenyum sendiri. Jarinya mula bergerak menekan papan kekunci.

- Seronok mengata aku nampak. Mana aku nak tau kau siapa. Salam apa pun tak bagi. Aku ingatkan bangla mana la terlepas dapat nombor phone aku ni.😌

+ Eh, nak kutuk aku pula la tu. Tak guna ini budak😑 Dah la. Malas nak gaduh. Gaduh dalam chat, tak feel. Gaduh face to face baru seronok.😏

- Yalah cik Emilia. Kau nak apa tiba-tiba chat aku ni? Punyalah lama aku bagi nombor phone aku dekat kau, baru sekarang nak chat aku eh?

+ Eh. Hahaha. Baru aku ingat tujuan sebenar aku chat kau. Sebelum tu, izinkan aku berterima kasih kepada kau sebab tolong aku beli benda alah tu. Hehehe. Thanks again!🤭🤩

- No hallah. Bukan aku yang beli. Adik aku😂 Memang tak la aku nak pergi beli benda tu dekat kau. Jatuh saham aku tau! Ha, apa benda yang kau nak bagitahu tu.

+ Aku, sebenarnya...

Emilia 🐵 is typing...

EMERALD √Where stories live. Discover now