Prolog

19.6K 672 117
                                    

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia dipengakhirannya."

BUNYI alunan muzik di dalam dewan itu cukup merimaskan seorang Qayeed Aryan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUNYI alunan muzik di dalam dewan itu cukup merimaskan seorang Qayeed Aryan. Walaupun iramanya romantik dan tenang sahaja ketika mendengar, tetapi dia tidak suka!

Orang ramai yang berada di dalam dewan ini hanya membuatkan Aryan semakin lemas sahaja.

Ikutkan hati, memang dia tak nak datang majlis ini. Tapi nak buat macam mana? Ini majlis hari lahirnya.

Nak tak nak kena pergi juga.

Tanpa membuang masa Aryan keluar dari Aquarius Ballroom itu sambil tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Lebih baik dia keluar sekarang sebelum diserbu kembali.

Mata Aryan meliar mencari tempat yang sesuai untuk merehatkan diri. Penat menari tak berhenti.

Satu lagu, seorang perempuan. Ish, penat tau tak? Semua perempuan yang ajak dia menari dengan diorang tu tak penat ke?

Selepas 5 minit Aryan melilau di situ, akhirnya jumpa juga port untuk dia relax. Aryan bersandar di satu tembok yang tingginya lebih kurang paras pinggangnya.

Kepalanya di dongakkan sedikit bagi menikmati bintang malam ini. Cantik. Bintang-bintang di langit tidak pernah menjemukan Aryan daripada memandang.

Tengah dia ralit menikmati udara segar dan bintang-bintang di langit, ada seseorang menyapanya.

"Hai Mr. Alone!" suara itu menyapa. Eh, dia sapa aku ke?

Aryan menoleh ke tepi. Kelihatan seorang perempuan sedang menopang dagu pada tembok yang dia sandar tadi.

Cantik. Cara pemakaiannya sangat cantik. Speechless Aryan dibuatnya. Perempuan itu mengenakan gaun labuh bewarna krim yang dihiasi bunga-bunga kecil.

Rambutnya pula ikal mayang bewarna hitam keperangan paras pinggang dan dihiasi dengan bunga-bunga kecil juga.

Ala-ala fairy tale gitu.

Rupa parasnya? Malangnya Aryan tidak boleh melihat dengan jelas kerana dilindung dengan masquarade mask yang dipakainya.

"Hello, Mr. Alone?" perempuan tadi melambai-lambaikan tangannya dihadapan muka Aryan.

Tersentak terus dia dari lamunan. Ya Allah Aryan! Ralit sangat perhati anak dara orang, sampai orang tegur pun tak dengar.

Aryan menunding jari telunjuk ke arah diri sendiri. Aku ke yang dia maksudkan? Buat silap orang nanti, tak ke malu aku?

"Yes, you. Ada orang lain ke kat sini?" perempuan tadi menunding jari telunjuknya tepat ke arah Aryan. Tangan kanan perempuan itu masih setia menongkat dagunya.

"Tak ada la. Mana tau kau ada kawan yang aku tak boleh nampak kat sini." Aryan menjawab acuh tak acuh. Pandangannya lemparkan ke arah langit.

"Kau buat apa kat sini?" soal perempuan tadi.

EMERALD √Where stories live. Discover now