54

7.3K 210 93
                                    

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."

ARYAN meraup rambutnya ke belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ARYAN meraup rambutnya ke belakang. Tubuhnya disandarkan pada kerusi khas yang terletak di bilik kerjanya itu. Pandangan matanya menghadap ke atas, merenung siling itu dengan pandangan yang kosong.

Satu keluhan berat dia lepaskan. Kedua-dua belah tangannya naik menekup wajah buat beberapa saat. Fikirannya bercelaru. Sejak Laura melangkah keluar dari rumahnya pagi tadi, ada satu rasa yang mengetuk tangkal hatinya.

Rasa bersalah.

Ke mana perempuan itu pergi membawa diri, ya?

Kreak...

"Bie... jom lunch," ajak Raisya sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik kerja lelaki itu. Ajakannya tadi hanya dibiar sepi. Aryan langsung tidak memandangnya. Sebaliknya, lelaki itu lebih fokus memandang siling kosong itu.

Raisya mendengus sedikit. Sudah kenapa dengan lelaki ini? Isteri dekat sini pun dah tak nampak ke? Lawa sangat ke siling itu?

"You!" panggil Raisya, kali ini nadanya naik seoktaf. Pandangan Aryan terus beralih ke arah Raisya yang berdiri tegak di hadapan pintu. Segaris senyuman nipis Aryan ukirkan lalu dia bangun dari duduknya dan mencapai kot yang tersangkut pada tempat penyangkut yang disediakan di bilik itu.

"Apa yang you fikirkan tu? I dekat sini pon you tak nampak." Raisya mencebik. Bebola matanya diputarkan seraya wajah merajuk dia tayang. Walaupun begitu, wajah Aryan masih kelihatan sama. Senyuman nipis itu masih terukir di wajahnya. Senyumannya tawar, tidak seperti sebelum ini.

"You ni dah kenapa senyap? Bisu dah ke? You ni ada masalah apa sebenarnya?" Raisya mencekak pinggang. Wajah marah dia tayang. Dia tak suka melihat Aryan begini. Dia mahu Aryan melayannya. Bukannya hanya senyap dan senyum macam patung bernyawa!

"Tak ada apa-apa." Jawab Aryan ringkas lalu dia mengatur langkah menghampiri pintu.

Raisya mengeluh, sekali lagi. Kepala yang tidak gatal dia garu. Siapa yang mengandung sekarang ni? Dia ke Aryan? Kenapa Aryan ni bad mood aje hari ni?

"You masih sedih sebab kawan baik you tu mati ke?" tebak Raisya. Serentak dengan itu, Aryan mematikan langkahnya lalu menoleh ke belakang. Raisya hanya melihat kelakuan Aryan itu sambil tangannya disilang ke dada dan sebelah keningnya terangkat.

Beberapa minit berlalu, namun sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulut lelaki itu. Raisya meraup rambutnya kasar ke belakang. Tidak tahu lagi untuk membalas apa pada lelaki itu. Jadi, lebih baik dia meneruskan niatnya untuk menjamu selera.

EMERALD √Where stories live. Discover now