33.5

3.1K 152 23
                                    

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya,"

Hai korang! So, macam korang nampak dekat title bab ni, dia tulis 33

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hai korang! So, macam korang nampak dekat title bab ni, dia tulis 33.5 kan? Author nak cakap bab ni sekadar bab ekstra sahaja sementara author tengah kekeringan idea🤧😢so, enjoy reading! Jangan risau, bab ni bab happy happy aje. Jemput baca ya!

"LEO, tolong jagakan Aurelia sementara saya tak ada ya? Aurelia tengah tidur sekarang ni. Jadi senang la sikit saya nak pergi cari kerja. Saya pun bosan asyik duduk rumah aje. Tambah-tambah bila Duke tak ada. Lagi la bosan saya. Jadi, tolong ya Leo! Tak lama pun saya pergi. Nanti saya balik. Bye!" Pintu rumah itu terus ditutup lalu bayangan Ariesya sudah tidak kelihatan. Leo hanya mampu memandang ke arah pintu itu dengan pandangan tidak percaya.

"Seriuslah perempuan ni?" kata Leo dengan nada yang sedikit meninggi. Mengeluh berat Leo sekarang ini. Sekali lagi. Sekali lagi pasangan suami isteri itu cuba mengenakan dia. Bukannya dia tidak tahu dengan perangai pasangan suami isteri yang suka mengusiknya itu. Macam budak-budak! Dah ada anak pun masih perangai tak matang.

Leo sendiri masih ingat akan kejadian di mana Duke Arjuna dan Ariesya meninggalkan Aurelia kepada dirinya secara senyap-senyap kerana mahu keluar meluangkan masa bersama. Duke Arjuna dan Ariesya hanya meninggalkan pesanan Whatsapp kepada Leo memberitahu bahawa Aurelia masih di dalam bilik mereka. Pantas saja Leo menyusun langkahnya ke bilik suami isteri itu untuk memastikan Aurelia berada dalam keadaan selamat. Risau juga kalau anak mereka itu tergolek jatuh dari katil. Fuh, naik pening Leo dibuatnya.

Bukan itu saja, malah mereka juga pernah menghubungi Leo di tengah-tengah malam semata-mata untuk membancuh susu buat Aurelia. Mengucap panjang Leo di saat itu. Tahu sangatlah apa yang pasangan suami isteri itu sedang lakukan pada malam itu. Kesian Aurelia ditinggalkan di biliknya seorang diri bertemankan air mata yang tidak henti-henti mengalir. Leo terus mencempung Aurelia lalu mendodoikan dia sehingga terlena kembali.

Dan sekarang, sekali lagi Leo perlu menjadi babysitter  tak diiktiraf. Dia datang ke sini untuk menjaga keselamatan mereka sekeluarga, bukan menjadi pengasuh bayi! Punya banyak orang gaji di sini, dia juga yang dipilih mereka untuk menjaga Aurelia Wardina. Buku di tangan Leo dihempas kasar ke atas meja lalu rambutnya diraup ke belakang. Nafasnya ditarik dalam lalu dihembus perlahan. Selamat mengharungi satu lagi hari yang penuh cabaran, Leo.

"WAAAAAAAAAH!" Bunyi tangisan yang nyaring itu terus mematikan lamunan Leo. Tanpa melengahkan masa, Leo terus mengatur langkah ke atas. Risau juga kalau Aurelia memanjat pagar pada katilnya itu. Kalau di ikutkan usia Aurelia sekarang ini, memang mustahil. Tetapi, kita tidak boleh menyangka apa yang berlaku kan? Tak pasal-pasal, lebih bertambah kuat tangisan budak itu nanti.

Pintu bilik Aurelia dibukanya lalu Leo terus mendapatkan Aurelia yang sedang menangis di dalam baby court. Alahai Aurelia... habis mata dan hidung merah akibat menangis tadi. Leo mendukung Aurelia lalu menepuk belakang Aurelia dengan lembut beberapa kali sehingga Aurelia betul-betul senyap dan tenang apabila bersamanya.

EMERALD √Where stories live. Discover now