10

5.5K 278 70
                                    

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."

ARYAN menjejakkan kaki di bangunan syarikatnya dengan senyuman yang lebar yang tidak lekang di wajahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ARYAN menjejakkan kaki di bangunan syarikatnya dengan senyuman yang lebar yang tidak lekang di wajahnya. Pekerja-pekerja yang lain sudah memandang Aryan dengan wajah gembira terutamanya pekerja perempuan. Sekarang inilah peluang yang paling sesuai untuk mencuci mata mereka dengan memandang wajah bos mereka yang menjadi rebutan wanita itu.

Aryan memasuki biliknya lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Blazer hitam yang terletak elok di tubuh badannya dibuka lalu baju lengan panjang miliknya disinsing hingga ke paras siku. Memang sudah menjadi tabiat bagi diri Aryan, baju lengan panjang mesti disinsing teelebih dahulu sebelum membuat kerja. Barulah dia berasa selesa sepanjang melakukan kerja nanti.

Tok tok!

Bunyi ketukan pintu dari luar biliknya itu menghentikan pergerakan Aryan dari meneruskan kerjanya seketika. Aryan memanggung kepalanya sedikit sebelum mengarahkan manusia yang mengetuk pintunya itu masuk.

"Masuk."

Satu susuk tubuh seorang wanita yang mengenakan dress merah paras lutut. Wanita itu memasuki bilik Aryan sambil tersenyum dan membawa secawan latte seperti biasa. Cawan yang berisi latte itu diletakkan perlahan-lahan di atas meja Aryan sebelum wanita tadi meneruskan niatnya.

"Ehem. Good morning boss. Hari ni, suka untuk saya maklumkan bahawa jadual bos memang free! No meeting, no appointment and of course, no date too! So, you can relax for a bit today," kata Raisya dengan nada sedikit teruja.

Sepanjang 5 bulan ini, Raisya pula yang kesian melihat bosnya yang selalu balik ke rumah pada lewat malam. Sudahlah kerja di pejabatnya sudah bertimbun, di tambah lagi dengan projek baharu yang tidak henti-henti masuk. Raisya lagi kesian bila dia tahu bahawa ibu kepada bosnya itu sudah merancang date untuk cari calon isteri kepada Aryan secara senyap-senyap.

"Oh, really? Then, I can go home early right?" Giliran Aryan pula menyoal dengan nada gembira. Ah, hari yang dinanti-nantikan olehnya sudah tiba! Boleh  la lepas ni dia masuk pejabat lewat sedikit bagi menghilangkan penat lelahnya.

"Yeah sure. By the way boss, saya tengok mood boss hari ini pun happy semacam je. Is there something good happened that I don't know?" Raisya sudah mula mahu mengorek cerita.

Aryan mula mengerling ke arah Raisya dengan seyuman yang lebar itu. Ah, senyuman inilah yang Raisya suka!

"You know what, Raisya? I dapat kawan baru semalam. A very interesting one." Aryan mula membuka cerita. Walaupun dia tidak berapa rapat dengan Raisya ini sebagaimana dia rapat dengan mummy dan adiknya, namun Aryan selesa bercerita tentang kisah hidupnya serba sedikit kepada Raisya.

EMERALD √Where stories live. Discover now