- LOVE after the rain -
_______________
Kejadian Minji yang telah membangkitkan semula nama 'Kwon Eunbi' menyebabkan Seungwoo kembali mengingati yeoja itu.
Dia menatap skrin telefonnya yang memaparkan nama Eunbi. Sebelum ini dia telah beberapa kali menelefon yeoja itu akan tetapi, tiada siapa yang akan menjawab panggilannya. Adakah Eunbi sudah tukar kepada nombor telefon yang baharu? Adakah dia telah lupa pada aku? Kejam..
Seungwoo menyimpan kembali telefon miliknya kedalam poket, dia bingkas bangun dari duduknya lalu mengatur langkah untuk keluar dari bangunan tersebut. Dia bercadang mahu pergi ke suatu tempat yang boleh melepaskan tekanan.
* * * *
Setelah menempuh perjalanan yang agak jauh daripada kota sesak, Seungwoo memberhentikan keretanya dibahu jalan.
Dia kembali menatap kearah telefonnya yang masih memaparkan butiran mengenai nombor telefon milik Eunbi.
"Patut ke aku try call dia lagi?"bisik Seungwoo sendiri.
"tak perlulah.. Bukannya dia ingat tentang aku"
"Tapi.. Macam mana kalau kali ini dia jawab panggilan aku?"
Seungwoo kemudian memutuskan untuk menghubungi Eunbi. Dia berharap supaya kali ini Eunbi mengangkat panggilannya
Tutt tutt....tutt tutt.. Tutt tutt
Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan. Sila cuba sebentar lagi.
"Ciss" Seungwoo melemparkan telefonnya ke tempat duduk sebelah. Adakah Eunbi dah betul-betul melupakan aku sedangkan aku sekarang ni masih lagi tercari-cari keberadaan dia.
Detummm!!
Bunyi petir menyambar telah mengejutkan Seungwoo. Lantas dia melihat ke langit. Ternyata hari sudah mulai gelap dek tompokkan awan hitam yang berarak menutupi langit sekali gus menandakan bahawa hujan bakal turun sebentar lagi.
"Alamak, kenapa aku tak perasan yang cuaca nak hujan" Seungwoo tergopoh-gopoh memasukkan gear. Dia mahu beredar secepat mungkin.
dan tiba-tiba telefon berdering.
Seungwoo pun kembali memberhentikan keretanya. Hatinya kuat mengatakan bahawa si pemanggil mungkin Eunbi!
Namun harapannya punah sebaik saja melihat paparan nama si pemanggil yang tertulis 'Cik Kim'
"Yeoboseyo?" Soal Seungwoo mendatar
"Seungwoo ah.. Neo eodiya? CEO cakap malam ni ada dinner bersempena kedatangan neo di syarikat DreamBig. Merata saya cari neo tapi tak jum-"
DETUMMM!!!
Kali ini petir memyambar lebih kuat sekali gus menyebabkan telefon terlepas dari genggamannya.Dia meraba-raba ke bawah kerusi untuk mencari semula telefon bimbitnya namun tidak berhasil. Tangannya tiba-tiba mengigil secara tidak terkawal, dia diserang 'panic attack'.
Hujan pun mencurah-curah turun dengan lebat. Seungwoo menutup kedua belah telinganya dan menundukkan pandangannya ke bawah. Berharap supaya semuanya berakhir.
Pada masa yang sama, tragedi buruk yang pernah berlaku dalam hidupnya kembali menerjah ruangan fikiran. Sedutan peristiwa hitam itu muncul bagaikan diputar oleh sebuah pita kaset.
Terketar-ketar tubuhnya menahan perit yang dirasai. Peluh yang keluar dari liang roma dirasai berjujuran mengalir. Dia tidak mampu berbuat apa-apa melainkan hanya menutup telinganya.
Sehinggalah suatu saat tika dia semakin lemah dan perlahan-lahan kegelapan menguasai pandangannya. Dia pengsan di situ.
"Yeoboseyo?? Seungwoo ah? Neo gwaenchana? Yeoboseyoo?" Suara Minji masih lagi bergema di hujung talian.
Bersambung...
YOU ARE READING
[C] LOVE After The Rain || HSW × JIU
Fanficcerita ini mengisahkan percintaan antara seorang artis bernama Kim Minji dan managernya bernama Han Seungwoo. Minji mempunyai kebolehan untuk membaca fikiran seseorang dengan menatap anak mata mereka manakala Seungwoo pula seorang yang menghidap Omb...