- LOVE after the rain -
_______________
Seungwoo menghampiri Minji lalu melindungi yeoja itu menggunakan jaketnya. Dia memegang kejap bahu Minji lalu membawa yeoja itu masuk ke dalam bangunan.
"Stay for a little bit" bisik Seungwoo.
Minji dapat merasakan kehangatan badan Seungwoo. Entah kenapa dia rasa dirinya tenang pada waktu itu.Seungwoo menurunkan jaket yang menutupi kepala Minji. Sebaik saja jaket diturunkan, terselahlah wajah Minji yang sedang menanggis.
"Neo gwaenchanayo?" Soal Seungwoo
Minji mengesat air matanya, "saya..boleh dengar semuanya. Mereka benci saya. Saya benci kuasa saya, saya benci diri saya" Minji menundukan kepalanya.
Tidak semena-mena, hati Seungwoo terdetik rasa kasihan pada Minji. Perasaan yang sama pernah terbit dihatinya ketika dia membenci penyakit yang dia alami. Dia juga amat membenci dirinya sendiri kerana kekurangan itu.
"Minji-ssi.."namun belum sempat Seungwoo menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba seseorang memanggil nama Minji.
"Minji ah!!" Laung Hongseok, tergopoh-gopoh namja itu berlari kearah Minji. "Aku nak cakap dengan kau sekejap" ujar Hongseok kepada Minji.
Hongseok menarik tangan Minji untuk mengikutinya.
"Kau nak bawa di ke mana? Kau lah penyebab rumor itu terjadi, Sekarang kau nak buat satu lagi rumor? Minji yang akan menanggung semuanya, bukannya kau" Seungwoo menahan tangan Hongseok."Aku lebih mengenali Minji. Dia perlukan aku.. Bukan kau" Hongseok menepis kasar tangan Seungwoo. Dia kemudiannya membawa Minji pergi dari situ.
* * * *
Di kafeteria, Hongseok dan Minji duduk bersama. Hongseok menemani Minji yang sedih. Apabila keadaan Minji mula reda, dia memulakan perbualan.
"Kau okay? Mianhae fasal rumor tu.. Diorang memang jahat. Kalau kau perlukan apa-apa, aku akan ada untuk kau. Kau tahu itu kan?""Gumawo Hongseok"
"Kau ada sakit kat mana-mana tak?" Soal Hongseok lagi.
"Tak.. Tapi aku rasa Seungwoo lagi teruk kena baling dengan botol minuman sebab dia lindungi aku tadi"
"Hmm.. Baguslah kalau dia yang kena and bukan kau"
"Mwo?"
"Kau pernah terfikir tak, siapa yang sebarkan gambar tu?"
"Maksud kau?"
"Aku taklah expert sangat tapi aku 100% syak ini kerja staff kat syarikat ni. Kau ingat tak time ni, orang last yang bersama kita ialah.."
"Ialah?" Minji memgerutkan dahinya
"Han Seungwoo"
"Seungwoo? Takkanlah dia"nafi Minji
"aku taklah tuduh dia tapi berkemungkinan besar dia yang sebarkan rumor tu. Mungkin dia nak kan perhatian kau.. Contoh macam during your hard time, dia akan pura-pura untuk jadi hero kau"
"Wae dia nak buat tu? Aku percayakan Seungwoo"
"Terpulanglah.. Kau tak pelik kenapa dia tetiba acah-acah lindungi kau padahal sebelum ni dia layan kau dingin kan? Tapi walauapapun aku tak nak cakap yang bukan-bukan.. Aku pulak yang berdosa nanti. Kau try lah cari jalan supaya dapat baca fikiran dia ke apa ke. And the most important, kau kena hati-hati dengan Si Seungwoo tu"
Bersambung..
YOU ARE READING
[C] LOVE After The Rain || HSW × JIU
Fanficcerita ini mengisahkan percintaan antara seorang artis bernama Kim Minji dan managernya bernama Han Seungwoo. Minji mempunyai kebolehan untuk membaca fikiran seseorang dengan menatap anak mata mereka manakala Seungwoo pula seorang yang menghidap Omb...