- LOVE after the rain -
_______________
Sebaik saja dinner selesai, Seungwoo menghantar Minji ke rumahnya. Jujur dia akui, dia kini terhutang budi pada Minji. Sekiranya yeoja itu tidak menolong, dia mungkin tidak mengetahui jus kegemaran CEO sekali gus tidak dapat mengambil hatinya.
"Cik Kim"
"Eung?" Soal Minji sambil menoleh ke arah Seungwoo disampingnya.
"Err.. Aniya" Seungwoo hendak mengucapkan terima kasih. Akan tetapi bibirnya berat sekali hendak menuturkan ucapan tersebut. Terasa bibirnya bagaikan digam dengan gam gajah. Dia tidak dapat bayangkan bagaimana Minji akan tersenyum miring kerana berasa bangga akan jasanya.. Manakala dia? Tindakan dia hanya akan menjejaskan egonya.
"Hmm.. Gwaenchana. Kalau neo tak nak cakap pun saya dah tahu apa yang neo nak cakap."ujar Minji bersahaja.
Minji pun menyambung kembali ayatnya "kasih diterima.. Lagipun saya ikhlas tolong neo sebab saya tahu neo ada masalah. Saya tak ada niat nak bangga diri"
Seungwoo serta-merta menekan pedal brek. Mujur saja tiada kereta di kawasan itu. Kalau tidak, pastinya telah berlaku kemalangan. Namun akibat daripada brek mengejut itu, dahi Minji terhantuk pada dashboard kereta.
"Kyahh..hati-hatilah memandu" Minji secara refleks menoleh kearah Seungwoo dengan wajah yang masam
Namun..
Dia terkejut apabila melihat wajah Seungwoo menatap wajahnya secara dekat. Terlalu dekat sehingga hembusan nafas Seungwoo dapat dirasa oleh pipinya.
Minji terkedu..
Ini kali pertama dia tidak boleh fokus untuk membaca fikiran seseorang meskipun dia menatap anak matanya.
"I was wondering.. Macam mana Cik Kim boleh tahu semuanya? Bermula daripada nama saya, umur, Kwon Eunbi, jus kegemaran, dan sekarang.. Ucapan terima kasih saya. Cik Kim ni siapa sebenarnya?"
"Err.." Agak sukar untuknya menuturkan kata-kata kerana pandangan Seungwoo terlalu tajam. Andaikan saja mata namja itu pisau, pastinya dia kini sudah buta akibat tenungan tajam daripada Seungwoo itu.
"Wae? Neo membela saka ke?" Seungwoo mengerutkan dahinya, namun pandangan yang dilontarkan masih tajam dan seram.
"Ah mwondee.." Minji segera menjauhkan wajahnya daripada wajah Seungwoo. Setelah itu barulah dia dapat bernafas dengan selesa.
Setelah itu, Minji kembali berbicara "neo nak tahu? Okay, saya ceritakan.. Sasireun.. Saya boleh baca minda seseorang dengan menenung mata mereka. Saya pun dapat tahu yang neo takut hujan, kan??"
Seketika Seungwoo mati kata-kata. Sejujurnya dia memang tidak percaya, dia ingat ni drama korea ke? Boleh ada kuasa macam tu. Tapi.. Bila difikirkan, apa yang dia cakap semua betul. And yes, aku memang takut hujan.
"Han Seungwoo-ssi.. Mungkin neo boleh selindungkan apa yang ada di fikiran neo daripada orang lain. Tapi neo tak boleh selindungkannya daripada saya sebab saya tahu semua yang bermain di fikiran neo." Minji tersenyum.
Sekali lagi yeoja itu bersuara "Neo nak tahu wae saya still nak dekatkan diri saya dengan neo meskipun neo layan saya dingin? Kalau yeoja lain, mesti diorang dah menyampah, kan? Haha..actually sebab saya tahu, dalam hati neo ada kelembutan.. Saya nampak semuanya, Seungwoo. Walaupun saya masih tertanya-tanya wae neo 'ego'kan diri neo sedangkan neo seorang namja yang baik. Namun sekarang, semuanya terjawab."
Dia berhenti seketika untuk mengambil nafas..
"Pertama.. Sebab neo ada phobia akan hujan, neo tak nak orang tahu neo ada phobia yang pelik tu. Kedua.. Kwon Eunbi. Dia sememangnya cinta pertama neo. Neo tak nak pandang yeoja lain sebab dalam hati neo cuma ada dia. Betul tak? Kalau tekaan saya betul.. Neo kena masak masakan special untuk saya"
Seungwoo masih tergamam..
'Kim Minji.. Yeoja pelik yang ditakdirkan berjumpa dengan aku. Sangat pelik sehingga aku tak tahu yang sekarang ni aku berada di reality atau fiksi'
Bersambung...
YOU ARE READING
[C] LOVE After The Rain || HSW × JIU
Fanfictioncerita ini mengisahkan percintaan antara seorang artis bernama Kim Minji dan managernya bernama Han Seungwoo. Minji mempunyai kebolehan untuk membaca fikiran seseorang dengan menatap anak mata mereka manakala Seungwoo pula seorang yang menghidap Omb...