19

31 10 15
                                    

- LOVE after the rain -
____________

[ seminggu kemudian.. ]

    Hongseok berjalan ke kafeteria, tujuannya adalah untuk membeli beberapa botol mineral untuk member-membernya.

     Kemudian dia terlihat Minji, seperti biasa.. Yeoja itu termenung kosong.
     "Asal aku pergi kafeteria mesti jumpa kau, asal aku jumpa kau je mesti kau kat kafeteria. Semakin hari semakin teruk aku tengok kau ni. Dah macam orang hilang anak dah aku tengok. Wae kau selalu duduj sini? Takde kerja ke?"

     "Aku tak tahuu" balas Minji, tidak bermaya.

     "Takpe,takpe.. Aku ada berita baik yang akan buat kau senyum. Kau tengok ni, ramai fans support kau sekarang ni.. Diorang minta maaf sebab komen yang jahat-jahat fasal kau. Sedangkan ex-manager aku yang sepatutnya kene kecam" ujar Hongseok sambil menyuakan telefonnya.

     "Hmm.. Oky" balas Minji,acuh tak acuh.

     "Come on lah Minji.. Kenapa kau sedih sangat ni? Dah seminggu kot berlalu."

     "Hmm.."

     "Oky,oky macam ni.. Aku belanja kau makan hari ni. Nak tak? Kau kan suka makan" ujar Hongseok, dia cuba untuk menggembirakan Minji.

     "Tak tahu..."

     "Cuba kau cerita.. Apa masalah kau ni? Mana tahu aku boleh tolong"

     "Seungwoo tak nak cakap dengan aku lagi.."

     "Dah tu? Kau pun tahukan, dia busy sebab jadi manager sementara group kitorang and pada masa yang sama, dia jadi manager kau. Kau fahamlah situasi dia"

     "Tapi takkanlah sampai dia nak mengelak dari aku"

     Baru saja Hongseok mahu berkata-kata, tiba-tiba kedengaran suara menyapa mereka.

     "Hyung! Minji noona!" Ujar Kangmin sambil melambai-lambai mesra kearah mereka berdua. Comel sungguh budak tu.

     Kangmin yang ditemankan oleh Yonggeun dan Chan pun menghampiri mereka lalu duduk di meja tersebut.

     "Lambat betul kau beli air.. Aku ingat kau dah kene culik dengan alien tadi" ujar Chan.

     "Ni air ni.. Aku dah beli, cuma tadi aku terjumpa Minji so boraklah dengan dia"
    
     "Nasib baik aku tak mati kehausan" ujar Chan sambil merampas sebotol air di tangan Hongseok.

     "Anyway, aku dapat berita yang hari ni manager baru kita dah sampai"ujar Yonggeun.

     "jinjjayo hyung? Yeoja ke namja"soal Kangmin

    "hmm.. Entahlah, lepas ni kita berempat jumpa dia" balas Yonggeun.

    "Oww.."

    "Btw, bila diimbas kembali rasa lega bila ex-manager kita tu kene kick"

     Walaupun agak malas hendak berbual tapi Minji memaksa dirinya untuk bersuara.

     "Waee?"

     "Ani..geunyang, sejak hari pertama dia jadi manager kitorang, perangai dia peliiik sangat" jelas Kangmin.

     "Majjayo, dulu aku pernah tengok dia senyap-senyap cuba intip Hongseok hyung yang tengah mandi, nasib baik kitaorang ada masa tu. And Yonggeun hyung suruh Hongseok untuk mandi bila line clear je" Balas Chan.

     "Bukan tu je, aku pernah tengok dia masuk bilik Hongseok dan geledah barang-barang dia. Sejak hari tu, kitorang lebih berhati-hati dengan dia" sampuk Yonggeun

     Seketika Minji rasa terpancing dengan topik perbualan diorang. Sekali gus menyebabkan dia ingin lebih tahu mengenai ex-manager ALiVE.

     "Dia psycho ke?" Soal Minji

     "Entahlaa.. Tapi dengar cerita, dia memang dah lama jadi sasaeng fans. Dia minta kerja sebagai manager supaya dapat dekatkan diri dengan Hongseok hyung. Tak sangka pulak dia betul-betul dapat kerja tu" ujar Chan dengan nada berbisik.

      "Majjayo.. Sebab tu dia sebarkan rumor tu, dia cemburu aku rapat dengan kau" terang Hongseok.

     "Wae korang tak report? 5 tahun dia jadi manager korang baru sekarang semua ni terbongkar" soal Minji

     "Kitorang tak ada bukti. Tambahan, ex-manager kitorang tu macam.. Ada dua personality tau, kejap dia normal...kejap dia tak. So CEO tak pecayalah dia nak buat perkara macam tu sebab dia tengok ex-manager tu normal je" balas Kangmin.

     "Tapikan.. Kalau dia obses sangat dengan Hongseok, korang rasa dia akan berhenti ke?" Minji mengangkat keningnya.

Bersambung...

[C] LOVE After The Rain || HSW × JIUWhere stories live. Discover now