15.

470 65 18
                                    

Korea, 22 mac 2020, 8.00am

"unnie kau ada dengar cerita tak?"

"kenapa"

"si hyejin tu, aku dengar gaji dia kena tolak. ye lah, lately ni dia asyik kena marah dengan bos, masuk kerja lambat, kerja tak siap" 

hyejin mengerutkan dahinya apabila terdengar perbualan dua orang gadis itu. 

ya dia kenal mereka. mereka adalah pekerja yang bekerja sekali dengannya di restorant dia bekerja. 

mereka kini sedang berada di dalam bas sedang menuju ke restorant tersebut. 

"hyejin? perempuan tu memang masalah sikit. aku dari dulu tak suka dia"

hyejin yang berada di belakang tempat duduk mereka hanya terdiam sambil mengetap bibirnya. 

"kenapa unnie?" 

"dia tu tak habis sekolah, aku dengar cerita dia lari ikut boyfriend dia"

sakan mereka mengutuk hyejin, tidak sedar gadis itu dari tadi mendengar perbualan mereka. 

"aaa jinjja? Patut laa" kemudian meraka berdua tertawa sama sendiri.

Hyejin mengetap bibirnya dan hanya mengambil keputusan untuk berdiam diri. Dia mula mengalihkan pandangannya memandang ke luar tingkap. 

Jujur dia katakan dia bukan malas membuat kerja, tetapi badannya terasa begitu penat sejak akhir akhir ini. 

Kadang pula kepalanya sakit bagai mahu meletup, sejak beberapa hari ini juga dia kerap muntah muntah sejurus selepas dia bangun tidur. 

dia juga hampir sahaja pengsan ketika membuat kerja. Memikirkan tentang hal ini sahaja boleh membuat kepala hyejin berdenyut semula. 

Rasanya dia perlu berbincang tentang perkara ini dengan majikannya. 

Hyejin mengeluh halus dan memandang ke luar tingkap untuk mengelakkan dirinya dari terlalu berfikir panjang. 

Ketika bas itu berhenti, mata hyejin tertumpu ke arah seorang kanak-kanak lelaki yang berumur dalam lingkungan 3 tahun sedang berjalan dipimpin ibunya. 

Hyejin tersenyum melihat kanak kanak lelaki yang sedang berjalan itu. Jika anaknya masih hidup pasti akan sebaya dengannya.

"jaemin ah.." sebut hyejin perlahan. Ya itu nama yang diberi untuk anaknya jika masih hidup. Hyejin tersenyum kesal. Kalau sahaja dia boleh undurkan masa.

bas itu kembali bergerak. Tidak lama selepas itu mereka sampai ke tempat kerja. 

Bas itu mula berhenti, berpusu pusu penumpang turun dari bas. Hyejin juga segera bangun dan turun dari situ. 

dia kemudian berjalan melintasi dua orang rakan sekerjanya. 

"eoh unnie hyejin ada dalam bas ni" gadis yang mengutuknya tadi baru perasan kelibat hyejin. Dia menepuk lengan temannya berkali-kali, mereka berdua kelihatan agak terkejut. 

Hyejin menghiraukan mereka dan segera menuju ke restoran tempat mereka bekerja. 

Focusnya sekarang hanya untuk berjumpa majikannya dan menerangkan perkara ini.

sesampai sahaja dia disana, wanita itu terus menuju ke pejabat bilik majikannya. 

Dia mengetuk pintu terlebih dahulu. Hyejin mula membetulkan posisi tegaknya dan membetulkan nada suaranya sebelum masuk ke dalam pejabat majikannya. 

"masuk" sahut seorang wanita dari dalam. Hyejin memulas tombol pintu dan melangkah masuk.

"puan" hyejin menundukkan sedikit kepalanya.

Me and My Husband || JJHWhere stories live. Discover now