Korea, 8 Mac 2020, 6.00 pm.
Mop yang sudah dibilas dengan pencuci anti kuman itu dimopkan di atas lantai pasar raya.
hyejin fokus mengelap lantai di mall yang besar itu. Kerja sambilan hyejin di sebelah petang ialah mencuci lantai di mall.
sedang hyejin mengemop lantai, dia mengerutkan dahi seketika apabila terdengar satu berita.
dia mengangkat kepalanya lalu memandang ke arah satu kedai televisyen yang sedang memaparkan berita terkini.
"Berita terkini, bekas pelakon terkenal Kang Haneul meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di selekoh gangnam akibat mengelak dari sebuah motosikal. kemalangan berlaku sekitar 2.45 petang tadi. diminta semua mendoakan kesejahteraan mendiang"
pegangan mop terlepas, menggeletar tubuhnya saat mendengar berita tersebut. dia kemudian menekup mulutnya tidak percaya sambil air mata mengalir deras.
"a-appa"
dia mengeluarkan talifonnya dari poket baju lalu mendail nombor suaminya.
"pahal ?" suara jaehyun menyapa gegendang telinga. "a-awak, appa dah tak ada" kata hyejin. air matanya tidak henti mengalir dari tadi.
diam, jaehyun tidak berkata apa apa.
"awak?"
"kau fikir aku kesah ke" kata jaehyun. dia sudah tersenyum sinis di sebalik talian itu.
"m-mwo?"
"dah jangan kacau aku" kata jaehyun lalu mematikan panggilan. "awak? jaehyun ah" panggil hyejin.
semakin deras air matanya setelah mendengar respon suaminya.
tanpa berfikir panjang, segera dia berlari keluar daripada mall. mujur sahaja banyak teksi yang lalu pada tika itu.
"ahjussi, saya nak pergi seoul"
perjalanan dari suwon dan juga seoul mengambil masa 1 jam.
dia tiba di rumah ibu bapanya tepat jam 7 malam.
hyejin keluar daripada teksi. dia hanya mampu memerhati dari jauh, tetamu tidak terlalu ramai pada ketika itu. cuma beberapa orang wartawan yang hadir menanya soalan kepada ibunya.
"boleh saya tahu di mana anak puan berada sekarang? dari tadi kami tak nampak kelibat dia. cuma puan yang uruskan segalanya"
puan minkyung hanya tersenyum hambar. dia tidak menjawab soalan wartawan tersebut.
hyejin masuk semula ke dalam teksi. dia mengetap bibir menahan tangisannya apabila melihat reaksi ibunya.
tidak lama kemudian, ibunya keluar bersama abu bapanya di tangan. mereka mula bergerak mahu ke tempat pengebumian.
"ahjussi, ikut kereta tu"
tidak bercakap banyak, segera teksi itu bergerak mengikut kereta itu dari belakang.
mereka tiba di salah satu tempat pengebumian. kelihatan orang ramai sudah menunggu ibunya di situ.
hyejin hanya mampu melihat dari dalam kereta.
sekali lagi air matanya mengalir.
terlalu banyak dosa yang dia lakukan kepada bapanya, tidak sempat dia mahu pulang ke rumah dan minta maaf.
masih terngiang ngiang wajah kecewa bapanya ketika hyejin melangkah keluar dari rumah.
"mianhae appa.."
YOU ARE READING
Me and My Husband || JJH
FanfictionAnd I am the idiot with the painted face In the corner, taking up space But when he walks in, I am loved, I am loved. ✎ ᴀ ᴋᴜᴀᴄɪʟᴇᴇ'ꜱ ꜰɪʀꜱᴛ ꜰᴀɴꜰɪᴄᴛɪᴏɴ start : 5 November 2020 complete : On Going