Korea, 30 july 2016, 12.00am
baju-baju yang berada di dalam almari itu diambil oleh hyejin semuanya, diletakkan separuh ke dalam beg baju nya dan separuh lagi dia letakkan ditepi.
dia akan larikan diri dari rumahnya hari ini. nampak seperti keputusan yang dilakukan ini terburu buru, tetapi dia yakin akan keputusan dirinya. Dia cintakan jaehyun dan dia mahu bersama jaehyun selamanya.
selepas semua barang telah diambil, beg baju yang bersaiz sederhana itu disilang pada bahu hyejin . di lihatnya kembali kamar tidurnya yang menyimpan pelbagai kenangan dirinya dari kecil hingga besar itu untuk kali terakhir.
"annyeong."
hyejin memalingkan tubuhnya menghadap tobol pintu bilik. Dia memusingkan tombol pintu dan mula melangkah keluar dari bilik dengan berhati hati. Hatinya berasa gemuruh sekali. dengan berhati hati dia menuruni anak tangga rumah itu dalam keadaan gelap.
sesampai sahaja di depan pintu rumahnya, hyejin menarik nafas dalam sebelum membuka pintu rumah.
klak
lampu ruang tamu dibuka oleh seseorang. Hyejin memejamkan matanya
"ah tak guna" gumamnya sendiri. Perlahan lahan dia memusingkan badanya menghadap kedua ibu dan ayahnya.
Kedua mereka memandang hyejin dengan pandangan risau.
"hyejin kamu nak kemana nih? Kenapa bawa beg?" puan mingkyung mula mendekati anaknya. Hyejin hanya mendiamkan diri dan mengelak pandangan ke dua orang tuanya.
"hyejin jawab lah soalan omma" puan mingkyung memegang lengan anaknya.
Hyejin menepis lengannya dari pegangan ibunya. terdiam puan mingkyung melihat kelakuan hyejin.
"Jangan sentuh Hyejin. Hyejin jijik" jawab gadis itu tanpa perasaan. puan minkyung sudah berkerut seribu mendengar jawapan anaknya.
"masuk bilik, jangan berani nak keluar rumah ikut jantan tak guna tu" kang haneul mula bersuara.
"siapa jantan tak guna?!" hyejin memandang kearah ayahnya dengan perasaan marah. dahinya sudah berkerut sambil matanya dijegil ke arah bapanya.
heh, rasa hormatnya kepada kedua ibu bapanya sudah hilang. Dia sudah tidak kisah apa yang ibu dan ayahnya hendak katakan.
"hyejin-"
"hyejin dah tidur dengan jaehyun, hyejin pregnant." gadis itu segera menggesa air matanya yang sudah mengalir.
Kang haneul terdiam mendengar penjelasan dari anaknya. Sungguh dia tidak sangka perkara itu akan terjadi. Puan mingkyung sudah jatuh terduduk di atas lantai.
"sekarang omma dengan appa mesti dah taknak hyejin kan? mesti jijik dengan hyejin kan? Sekarang hyejin nak keluar dari sini, hyejin boleh hidup takde omma dengan appa. hyejin dah tak kesah, lepaskan hyejin pergi" sambung hyejin lagi, dia segera menghadap tombol pintu dan berjalan setapak dua mahu melangkah keluar.
"Kang Hyejin." panggil ayahnya dari belakang. Gadis itu berhenti berjalan, hyejin berdiri statik menanti ayat bapanya.
"ingat hyejin, omma dan appa tak pernah halau kamu. kamu sendiri yang nak keluar dari sini. Jaga diri kamu hyejin. Appa harap jaehyun boleh jaga kamu dan anak kamu sebaiknya. Jangan pedulikan kami lagi. Pergilah." lelaki separuh usia itu berkata dengan tenang.
Dia tersenyum lemah kearah anaknya. Encik haneul sudah putus asa. Dia sungguh kecewa dengan apa yang berlaku. Hati kedua orang tua itu bagai di hentak dengan batu.
Air mata hyejin mula turun dengan deras. Tanpa berfikir panjang, dia segera keluar dari kawasan rumahnya.
Dia berjalan agak jauh dari situ hingga nampak kelibat skuter milik jaehyun. Dia segera menaikinya.
"sekarang kita nak pergi mana dulu?" tanya jaehyun, lampu skuter kemudian dinyalakan.
"keluarkan semua duit dari bank saya."
Yeayyy happy 1k readers gais 🥺 thank you sooo much sbb sudi baca cerita mnh nih. Masin harap korang suka baca cerita nih and enjoy waktu baca. Masin sayang korang TT
Ehe meh sini masin belanja gambar hyejin.
-Kang hyejin
YOU ARE READING
Me and My Husband || JJH
Fiksi PenggemarAnd I am the idiot with the painted face In the corner, taking up space But when he walks in, I am loved, I am loved. ✎ ᴀ ᴋᴜᴀᴄɪʟᴇᴇ'ꜱ ꜰɪʀꜱᴛ ꜰᴀɴꜰɪᴄᴛɪᴏɴ start : 5 November 2020 complete : On Going