3.

603 97 28
                                    

Korea, 15 February 2020, 12.30 am

Hyejin melirik jam di dinding. sudah pukul 12.30 malam. Jaehyun masih belum pulang. Entah kemana dia keluar sehingga lewat malam.

Sudah kali ke berapa Hyejin melihat ke arah jam dinding menanti suaminya. Tetapi tubuh lelaki itu masih belum muncul.

Dia duduk di atas kerusi meja makan, dipandangnya soba yang dimasak dari pukul 7 malam tadi.

"mesti dah sejuk." gumamnya sendiri

krekk

bunyi pintu dibuka. hyejin segera bangun dan menuju ke arah pintu. Senyumannya mula terukir apabila melihat sang suami sudah pulang.

"sayang, saya masak soba untuk awak. awak dah makan ke? sekejap eh saya panas kan untuk awak" hyejin segera menyalakan api dapur untuk memanaskan sobanya tadi.

"aku dah makan. " jaehyun membalas pertanyaan hyejin.

"tapi saya dah masak untuk awak.." dia memandang suaminya.

"dah tu kau nak aku buat apa? aku taknak makan" kata jaehyun acuh tak acuh. Dia mengeluarkan talifon bimbit nya dan mula membalas mesej yang masuk. Dia mengabaikan sahaja isteri yang dari tadi menunggu kepulangannya itu.

"sayang. mari lah jamah sikit.. saya penat masak untuk awak"

"kau ni memang tak faham bahasa ke?" jaehyun mula memandang hyejin tajam. hyejin yang nampak amaran dari suaminya itu mula ketakutan. dia menundukkan kepalanya dan diam membisu.

sesungguhnya dia amat takut jika suaminya memberi pandangan begitu.

jaehyun datang mendekati hyejin dimeja makan. dipandangnya mi soba itu tanpa perasaan.

"ini je kau masak? soba bodoh ni" jaehyun mendecit. tangannya mula mendekati mangkuk kecil diatas meja, tanpa rasa bersalah jaehyun menolak kasar mangkuk itu sehingga jatuh dari meja makan.

habis bersepah mee soba yang dimasak oleh air tangan isterinya di atas lantai.

"aku tak hamak." dia memandang sinis hyejin kemudian beredar dari dapur. puas rasanya melihat wajah sayu perempuan itu.

Hyejin mengeluh. Sayangnya dengan makanan itu. Anggapannya salah, difikirkan suaminya akan suka masakkannya kali ini, tetapi dia silap.

Sekarang dia perlu mengemas meja makan. Dia mula membersihkan pinggan yang berada diatas meja dan mengangkat mangkuk yang dijatuhkan suaminya. soba dilantai dikutipnya semula. mujurlah dia sudah mengisi perutnya dahulu , jadi tidaklah dia berasa lapar.

Selesai mengemas meja makan, dia melangkah masuk ke dalam bilik.

Jaehyun sudah berada diatas katil masih bermain dengan talifon bimbitnya. Dia juga ternyata sudah mandi.

Hyejin pergi ke almari untuk menukar baju tidur.

Terdengar suara jaehyun sedang bergelak tawa.

Selesai menyalin baju, hyejin mengambil tilam dan bantal di bawah katil dan membentangnya di atas lantai. Ini kerana Jaehyun tidak membenarkan isterinya tidur bersama dia.

Tidak lama selepas itu, hyejin pun terlelap. lampu bilik belum ditutup kerana jaehyun masih terjaga.

"woi perempuan." panggil jaehyun menganggu tidur sang isteri.

"ye awak?" jawab hyejin sambil menggosok matanya.

"esok aku nak kau masak sarapan , lepas tu terus keluar dari rumah ni. pergi lah buat apa-apa pun. jangan balik awal"

"kenapa ? ade orang nak datang ke?"

Jaehyun terdiam seketika.

"tak. aku cuma menyampah tengok muka kau je."

Hyejin memandang jaehyun.

"baik, esok pun saya memang kena pergi kerja"

"dah. kau pergi tutup lampu"

Hyejin bangun dan menutup lampu. tidak lama kemudian mereka berdua terlelap selepas sibuk memikirkan hal masing-masing.

Me and My Husband || JJHWhere stories live. Discover now