Korea, 3 November 2016. 12.30pm
Satu sudu bubur di suap ke mulut hyejin. Tapi makanan itu cuma dipandang kosong oleh dia.
"makan lah sikit hyejin"
Gadis itu masih mendiamkan diri.
"kalau macam tu awak minum air ni sikit. mesti sakit kan?" jaehyun tersenyum memberi segelas air suam kepada hyejin dan mengusap kepala nya.
"jaemin.. Jaemin kita dah takde" air matanya mula bergenang semula.
"gwenchana. dia bukan untuk kita sayang.. kita kena terima ni," jaehyun menarik hyejin kedalam dakapannya.
"tak apa, saya ada dekat sini" jaehyun tersenyum manis ke arah hyejin. Hyejin memandang jaehyun sebelum dia membalas senyumannya kembali.
Dia menarik hingus yang ada di hidung sebelum meleleh. "thank you awak. saya minta maaf.. kalau bukan sebab saya makan apple tu mesti jaemin masih dengan kita sekarang–"
"dah dah, jangan cakap pasal tu lagi. memang bukan rezeki kita, kita dah tak boleh buat apa apa. sekarang awak makan sikit eh? meh saya suap."
hyejin melepaskan dirinya dari dakapan jaehyun. dia membuka mulut, meminta jaehyun untuk menyuapnya.
jaehyun tersenyum melihat hyejin, dengan gembira dia menyuap bubur itu kedalam mulut isterinya.
"sedap tak? itu saya masak tau."
"patutlah,"
"patutlah apa?"
"tawar sikit." hyejin ketawa kecil.
jaehyun melihat bubur ditangannya, lalu dia melihat kembali ke arah isterinya. "tawar sangat ke?" soalnya polos.
hyejin menggeleng kepala. "saya gurau jelah. awak ni jangan serious sangat."
"lahh manalah saya tahu. awak ni pun."
serentak mereka berdua ketawa.
jaehyun melihat ke arah wajah cantik isterinya. dalam diam dia berasa senang. senang kerana dia berjaya buat hyejin percaya dengan tipu helah nya. tak sangka yang plan dia kali ini menjadi. dia tersenyum sinis.
'dasar perempuan bodoh' bisik hatinya.
"hmm, awak. awak tunggu sini kejap. saya nak ambil vitagen dalam peti ais." kata hyejin. belum sempat dia mahu berdiri untuk pergi ke dapur, jaehyun menahan lengannya.
"tapi ni saya dah bawakkan awak air suam. awak taknak ke?" ujarnya sambil menunjuk air suam di atas meja
hyejin menggeleng. "taknaklah. saya nak vitagen. biar saya pergi ambik kejap." hyejin berdiri lalu berjalan menuju ke dapur.
jaehyun hanya melihat tindakan isterinya. dia meletakkan mangkuk berisi bubur ke atas meja lalu dia bersandar ke sofa bersama satu senyuman bermakna.
dia menghela satu nafas lega.
"bodoh. dasar perempuan bodoh. huh,"
↓↓↓
hyejin berjalan menuju ke peti ais. tak tahu kenapa, tiba-tiba tekaknya rasa mengidam air vitagen.
jauh didalam sudut hatinya, dia masih rasa sedih. dia betul-betul sayangkan bayi didalam kandungannya walaupun dia hanya dapat kandung kan beberapa bulan sahaja. bahkan nama pun dia sudah pilih untuk anaknya.
dan sejujurnya dia masih tidak percaya yang dia hanya gugur disebabkan satu biji buah epal. rasa macam... tak masuk akal? tapi takpe, semua yang berlaku ada hikmahnya. mungkin tiada rezeki dia dan jaehyun kali ini.
![](https://img.wattpad.com/cover/245051653-288-k106388.jpg)
YOU ARE READING
Me and My Husband || JJH
FanfictionAnd I am the idiot with the painted face In the corner, taking up space But when he walks in, I am loved, I am loved. ✎ ᴀ ᴋᴜᴀᴄɪʟᴇᴇ'ꜱ ꜰɪʀꜱᴛ ꜰᴀɴꜰɪᴄᴛɪᴏɴ start : 5 November 2020 complete : On Going