7.

561 77 19
                                    

korea, 21 february 2020, 3.05pm

Hyejin sedang membasuh pinggan mangkuk yang bertimbun di dapur kedai itu. Sesekali dia mengelap peluh didahinya. Ya, dia sedang berkerja sekarang.

"hyejin ah ! ada orang cari kau" panggil salah seorang pekerja di kedai makan itu. Dia menanggalkan sarung tangan yang dipakainya dan mengelap tangannya di apron.

Dia mula melangkah keluar dari dapur mencari siapa yang memanggilnya. Terlihat suaminya duduk diatas kerusi, hyejin mula menuju ke arah jaehyun.

"sayang?"

"hyejin, aku nak duit. " laju sahaja jaehyun meminta apabila hyejin datang

"wae? duit saya bagi dah habis ke"

"sebab dah habis lah aku cari kau bodoh"

hyejin terdiam, dia mengeluarkan dompetnya. Tidak banyak yang tinggal, hanya 2000 won sahaja yang berada di dalam dompetnya. cukuplah untuk perbelanjaan makan minum mereka untuk minggu itu.

"saya bagi awak 1000 won dulu ye, saya tak ada duit ni" hyejin mengeluarkan nilai 1000 won dari dompetnya dan menghulurkan kepada jaehyun.

Jaehyun mengambil duit dari tangan Hyejin lalu merampas dompet hyejin. Diambilnya lagi 1000 won yang ada lalu membaling semula dompet itu hingga terkena kepala hyejin.

"a-awak... duit tu-" hyejin melihat suaminya yang mula berlalu pergi

"duit tuh je yang tinggal.." hyejin mengeluh.

Sudahlah bekalan makanan basah sudah habis di rumahnya. Mahu makan apa mereka berdua jika duit itu sudah habis. Gajinya pula akan dapat minggu hadapan.

Tak apa lah , seminggu sahaja lagi.

Dia menyimpan semula dompetnya ke dalam poket.

Hyejin pergi menyambung kerjanya semula. Kerja lah jaehyun, dia juga tak larat mahu menanggung mereka berdua.

***

hari sudah lewat malam, banyak kerja yang hyejin sudah buat hari ini. sesudah membasuh pinggan di kedai makan, hyejin membuat kerja sebagai cleaner di pasar raya.

pagi tadi pula hyejin membantu mengambil pesanan di kedai sarapan pagi. dia membuat 3 kerja dalam satu hari.

Sesampai sahaja dirumah, hyejin melihat sekeliling. suaminya tiada di rumah. Dia melangkah masuk ke dalam

"jaehyun?" dipanggil nama suaminya, tiada yang menyahut.

Dia duduk di atas sofa ruang tamu. Dibaringkan kepalanya di atas sofa. Penat rasanya hari ini. Matanya dipejamkan, tidak lama selepas itu terlelap.

Harinya sungguh penat. Malam ini dia akan tidur di sofa sahaja.

Klekk...

Bunyi pintu rumah dibuka, hyejin yang mendengar bunyi itu segera bangun dari tidurnya. Dilihatnya jaehyun yang mula melangkah masuk ke dalam rumah.

Jaehyun menghempas pintu rumah. Dia memandang hyejin dengan tatapan tajam. Hyejin cuma membalas semula pandangan itu dengan senyuman.

"awak pergi mana?" soal hyejin

Jaehyun mula mendekati hyejin.

"aku kalah judi harini"

"eo?" hyejin mula mengerutkan dahi.

Suasana sekeliling mulai berubah kedua pasangan itu memandang satu sama lain.

"INI SEMUA SALAH KAU!" jaehyun mula menengking hyejin. Dia menampar wanita itu sekuat hati sehingga hyejin terjatuh.

"bodoh takde duit!" dia menendang pula perut isterinya yang sudah terkujur di lantai itu.

"j-jaehyun.. mianhae" hyejin cuba mengangkat tangannya menghalang perbuatan jaehyun. Jaehyun hanya menghiraukan tindakan hyejin. Dia mula menghentak kepala wanita itu dilantai.

"menyusahkan!" ditendangnya lagi hyejin. Dia menggengam rambut hyejin dan mencengkam kepala wanita itu, dia mula menumbuk hyejin berkali kali bagi melepaskan kemarahannya.

Rasanya mahu sahaja dia membunuh wanita itu, sakit hatinya apabila kalah teruk dalam perjudian tadi. Dia melepaskan cengkaman kepala hyejin.

"bodoh" ayat itu dikeluarkan dari mulut jaehyun sesudah dia memukul isterinya. dia meninggalkan ruang tamu itu setelah puas melepaskan geram kepada hyejin.

Hyejin terbaring di lantai, badannya tidak mampu berbuat apa, kepalanya berdenyut sakit. Dia terus tidak sedarkan diri selepas itu .

Me and My Husband || JJHWhere stories live. Discover now