Korea, 25 september 2016, 12.01 pm
Senyuman hyejin yang tidak lekang sejak keluar dari klinik tadi dipandang jaehyun.
"sayang kita dapat anak lelaki" ulang hyejin lagi. Sudah kali keberapa dia menyebutkan ayat itu.
"ye saya tahu" jaehyun menangguk. Mereka berdua berjalan masuk ke dalam sebuah cafe. Jaehyun menarik kerusi untuk hyejin dan tersenyum ke arahnya.
"gumawo" kata hyejin dan duduk disitu
Jaehyun meletakkan ubat-ubatan yang mereka dapat dari klinik tadi di tepi meja makan. Dia menarik kerusinya dan duduk berhadapan dengan hyejin.
Dia memeggang tangan isterinya itu dan memandang tepat kearah matanya.
"sayang awak nak bagi nama anak kita apa? Awak rasa nama apa yang sedap?" tanya hyejin tersenyum.
"bwoya dia tak keluar lagi awak dah nak bagi nama" jaehyun mengerutkan dahi. Untuk apa beri nama budak itu awal awal.
"eh mesti lah kita kena fikir nama dia awal awal nanti senang la nak panggil. Saya baca bayi dalam perut boleh dengar tau apa kita cakap" balas hyejin.
"hm molla" jaehyun mengangkat bahu tanda tidak tahu. Malas dia mahu memikirkan nama budak itu.
"Jaehyun, Hyejin.." hyejin mengecilkan matanya berfikir nama yang sesuai.
"Jaehyun, Hyejin.."
"Jaemin" sambung jaehyun
"Woahhh naee jaemin!" Satu senyuman terukir di bibir hyejin. Perutnya yang sudah mencecah usia tiga bulan itu dia usap.
"jaemin.. Jung Jaemin"
Jaehyun tertawa kecil mendengar nama itu. Sudah la dia main main sahaja boleh pulak hyejin suka.
"hyejin ah"
"erm?" gadis itu memandang jaehyun
"lepas ni kita pergi beli barang baby nak tak?"
"bwoya, tadi awak kata dia tak keluar lagi nak pergi beli barang dah? "soal hyejin dia menahan tawa.
"salah ke kalau awak dah bagi nama dia siap siap kita pun beli la barang dia terus siap siap" jaehyun cemberut
"Ermm okay kajja~" hyejin tersenyum matanya juga terikut tersenyum kerana gembira. Ada ada sahaja suaminya ini jarang sekali tidak mengembirakan dia.
***
Sekitar jam sepuluh setengah malam mereka berdua masuk ke dalam rumah bersama beberapa buah beg kertas barangan bayi. hari ini mereka agak sakan membeli barangan untuk si cilik yang bakal keluar nanti.
Hyejin duduk di atas sofa dan mengeluh keletihan. Penat pula rasanya harinih bila berjalan ke merata tempat. Selalunya dia yang kaki jalan nih jarang rasa begitu.
Jaehyun yang melihat hyejin yang sedang kepenatan terus berjalan ke arah ruang tamu. Dia duduk disamping wanita itu dan mengurut kaki isteri nya .
"jaemin ah, tengok mama awak dah penat sebab seharian beli barang awak" kata jaehyun yang sedang sibuk mengurut tumit kaki hyejin itu.
"aniya, Saya bukan sakit kaki sebab jaemin lah, sebab kasut. Anak mama kecik lagi tau, ringan." jawab hyejin tersenyum menggosok perutnya. Jaehyun yang mendengar hanya ikut tersenyum.
"lepas ni kita makan ubat yang doc bagi eh." balas jaehyun.
"erm" hyejin mengangguk. Setelah jaehyun selesai menggurut kakinya. Hyejin bangun dari duduk dan menuju ke bilik untuk mandi dan menukar pakaian.
Jaehyun bergerak ke dapur dan membawa keluar ubat yang perlu diambil oleh hyejin untuk malam ini. Semua ubat yang ada dia letakkan ketepi.
Alih-alih dia mengambil ubat yang dia beli di farmasi petang semalam dalam laci dapur.
* * *
Jaehyun masuk ke dalam bilik bersama sepiring buah epal serta segelas air ubat.
"Sayang, saya ada potong buah untuk awak. Ubat ni saya dah tolong hancurkan untuk awak saya dah larutkan sekali. Nanti makan tau" kata Jaehyun.
"Epal ni kalau masam sangat jangan makan" sambung lelaki itu lagi.
"Nae! Thank you sayang!" Laung hyejin dari dalam tandas.
Memandangkan hyejin seorang yang tak suka makan ubat biji. Setiap kali makan ubat dia pasti akan menghancurkannya terlebih dahulu dan minum bersama air.
Jaehyun yang mendengar jawapan hyejin tak lama selepas itu keluar dari bilik untuk menonton tv.
Beberapa minit kemudian dia masuk semula ke dalam bilik bagi memastikan isterinya telah selesai mandi.
"Lah kenapa tak makan ubat lagi?" Tanya Jaehyun apabila melihat isterinya sedang bermain talifon sambil memakan epal.
"Alaa nanti la saya nak makan epal dulu" jawab gadis itu, matanya masih focus ke arah talifon bimbit ditangan.
Jaehyun mengeluh dia duduk disebelah hyejin dan mengambil secawan ubat yang terbiar diatas meja itu.
"nah makan nih cepat" jaehyun menghulurkannya kepada hyejin.
melihat reaksi suaminya begitu hyejin segera menghabiskan epal yang berada ditangannya. Dia letakkan talifonnya ditepi.
"macam pekat sangat je sgt air nih" tegur hyejin.
"takde lah biasa je saya tengok" jawab jaehyun saja.
Cawan itu bertukar tangan dengan hyejin. Tanpa melengah masa dia meneguk habis ubat yang ada didalam cawan.
"dahh" selesai minum hyejin menghulurkan semula cawan yang berada ditangannya kepada jaehyun. Jaehyun tersenyum melihat hyejin.
"good" jaehyun menghadiahkan senyuman manisnya untuk hyejin.
"saya keluar dulu tau letak cawan dengan piring dekat dapur" kata Jaehyun.
"okay lah saya nak tido dulu. Selamat malam" hyejin menyium pipi jaehyun sekilas sebelum menarik selimut untuk tidur.
"goodnight" kata jaehyun. Dia tersenyum sinis dalam diam.
Dia keluar dari bilik dan segera letak piring serta gelas di dapur dan kembali masuk ke dalam biliknya setelah mendengar rintihan hyejin.
"Sayang, sakit"
YOU ARE READING
Me and My Husband || JJH
FanfictionAnd I am the idiot with the painted face In the corner, taking up space But when he walks in, I am loved, I am loved. ✎ ᴀ ᴋᴜᴀᴄɪʟᴇᴇ'ꜱ ꜰɪʀꜱᴛ ꜰᴀɴꜰɪᴄᴛɪᴏɴ start : 5 November 2020 complete : On Going