Korea, 16 February 2020, 10.00pm
Hyejin keluar dari lift apabila sampai ditingkat empat. Penat rasanya hari ini, dia berkerja seharian. Dia berjalan menuju ke arah rumahnya.
Hyejin mengeluarkan kunci pintu dari dalam beg tangan dan memusingkan tombol pintu rumah.
"urgh" hyejin mula menutup hidung, bau arak yang sangat kuat menerpa hidungnya.
Dia menanggalkan kasut dan pergi ke ruang tamu. Dia melihat tiga orang lelaki yang sedang mabuk terbaring tidur di lantai ruang tamu rumah termasuk suaminya.
Dia sudah agak dari pagi tadi. Pasti jaehyun akan memanggil kawan kawannya datang ke rumah.
Dia mula mendekati suaminya. Dia membongkokkan diri dan menepuk pelan bahu lelaki itu.
"jaehyun ah bangun.."
Jaehyun yang sedang tertidur itu langsung sedar apabila melihat kepulangan wanita itu. Lelaki itu mula tersenyum.
"hyejin ah~" dia memeluk leher isterinya. Hyejin menahan lengannya daripada terjatuh.
Jaehyun mula bangun dari baringannya, dia mengambil bantal dan mula mengejutkan dua orang lelaki yang sedang terbaring itu dengan memukul mereka menggunakan bantal yang dipegang.
"balik balik" jaehyun mengulang ayat yang sama kepada kawan kawannya. Hyejin yang berada disitu cuma melihat pergerakan mereka.
Dua orang lelaki tadi mula bangun dari baringannya dan memandang hyejin.
"eh awak" salah seorang lelaki itu tersenyum dan cuba mendekati hyejin tapi pantas dihalang jaehyun.
"aku cakap balikkan" jaehyun menolaknya.
Lelaki lelaki tadi mula bangun mengambil barangan mereka lalu mula keluar dari rumah. Pintu rumah kemudian ditutup oleh jaehyun dan dikunci.
Selesai menutup pintu jaehyun mula berbalik dan menuju ke arah hyejin, dipeluk isterinya itu. Jaehyun menyembamkan kepalanya pada leher hyejin.
"hyejin ah~ teman aku"
"hajima" hyejin menggelengkan kepalanya dan mula menjauhkan tubuhnya dari jaehyun. macam tidak tahu sahaja apa yang dimahukan oleh suaminya itu.
"awak mabuk nih, pergi lah tido dalam bilik" hyejin tersenyum memandang jaehyun lalu mengusap pipi suaminya itu.
"ah bodoh punya perempuan" jaehyun menolak hyejin jauh darinya, hampir sahaja hyejin terjatuh tetapi dia sempat mengimbangkan badannya semula.
Jaehyun mula melangkah masuk ke dalam bilik dengan keadaan terhuyung hayang.
Hyejin mengeluh. Sudahlah dia penat seharian bekerja, setelah pulang dia perlu mengemas satu rumahnya pula yang sudah berselerak akibat jaehyun.
Dia mula mengambil plastik sampah dan mengutip botol botol yang bersepah dilantai, dikutipnya satu persatu.
Tak lama selepas itu ada sesuatu yang menarik pandangannya ketika sedang membersihkan meja.
Hyejin mula terkedu, dia mengambil satu pek plastik yang berisi serbuk putih, di atas meja itu juga terdapat beberapa pek yang sama sudah dibuka dan digunakan.
"jaeh- jaehyun awak ambik da-dah ke" kata hyejin seorang diri sambil tergagap gagap.
Sekali lagi hatinya rasa bagai dihentak batu. Terketar ketar tangannya membuang pek plastik itu ke dalam plastik sampah. Perasaannya bercampur baur, dia terkejut, sedih, marah dalam satu masa. Semakin hari perangai jaehyun semakin teruk.
"tolong lah jaehyun, kenapa awak macam ni...."
YOU ARE READING
Me and My Husband || JJH
Fiksi PenggemarAnd I am the idiot with the painted face In the corner, taking up space But when he walks in, I am loved, I am loved. ✎ ᴀ ᴋᴜᴀᴄɪʟᴇᴇ'ꜱ ꜰɪʀꜱᴛ ꜰᴀɴꜰɪᴄᴛɪᴏɴ start : 5 November 2020 complete : On Going