Korea, 15 February 2020, 5.45 pm.
Hyejin melihat keluar jendela ruang tamu. suasana sekeliling yang agak suram. dilihat awan yang mendung seperti akan hujan tidak lama lagi. jalan yang sesak , sampah merata tempat dan parking kereta yang penuh dapat dilihat dari permandangan tingkat empat ini.
Dia bangun ke balkoni rumah untuk mengangkat kain yang dijemurnya pagi tadi.
'Pin Pin !'
Sebuah kereta berjenama honda membunyikan hon keretanya. Dipandang Hyejin sekilas dan kemudian menyambung kerjanya semula.
'klekk..' pintu bilik dibuka.
Hyejin melihat suaminya keluar dari bilik dengan pakaian yang kemas.
"wah hensemnya suami saya" hyejin datang mendekati suaminya dan cuba untuk membetulkan lengan baju lelaki itu.
Belum sempat tangannya sampai , suaminya sudah menepis lengan hyejin. hyejin hanya mendiamkan diri.
"Sayang nak pergi mana?"
"keluar."
"Dengan siapa?"
"perempuan"
Hyejin tersenyum. ya hatinya sakit , tapi apa yang dia mampu buat. Lelaki yang bernama Jung Jaehyun itu hanya menghiraukan isterinya lalu mengambil kasut di atas rak dan memakainya.
"balik awal ye sayang"
"saya sayang awak. " sambung hyejin
Jaehyun masih mendiamkan diri. Dia buat seperti tiada sesiapa disitu. Dia bangun dan terus keluar dari rumah.
Hyejin melihat suaminya yang sudah keluar lalu menyambung kerja yang ditangguh tadi. Benar tekaan dia, kereta honda tersebut sedang menunggu suaminya.
Daripada atas dia perhatikan kereta tersebut, seorang wanita keluar dari perut kereta. wanita yang berpakaian ketat dan terdedah itu terus memeluk suaminya yang baru sampai.
Tak lama selepas itu air mata hyejin mula bertakung. dia menahan dirinya daripada menangis. Beraninya jaehyun bercumbu dengan perempuan itu di hadapan kawasan rumah mereka.
Jaehyun memeluk pinggang ramping wanita itu dan mereka berdua masuk ke dalam kereta.
Hyejin mengelap air matanya setelah itu dan pergi ke ruang tamu. Tidakkah Jaehyun memikirkan langsung perasaan isterinya di sini?
Hyejin menangis di dalam diam. Hujan mulai turun dengan lebat diselangi dengan air matanya turun dengan deras.
Dia selalu berdoa agar dia dapat jaehyun nya yang lama. Hyejin kemudian tersenyum saat teringat akan kenangan manisnya bersama Jung Jaehyun.
Setiap kenangan manis mereka terngiang diingatan hyejin. Biasanya saat ini ketika hujan turun, jaehyun pasti akan menyelimutkannya dan memeluknya dengan erat. Rasa hangat dari pelukan seorang suami itu masih terasa.
Dia tersenyum dan mengelap kembali air matanya. Di dalam keadan hujan yang lebat itu, hanya kenangan manis mereka yang menemani Hyejin.

ANDA SEDANG MEMBACA
Me and My Husband || JJH
FanfictionAnd I am the idiot with the painted face In the corner, taking up space But when he walks in, I am loved, I am loved. ✎ ᴀ ᴋᴜᴀᴄɪʟᴇᴇ'ꜱ ꜰɪʀꜱᴛ ꜰᴀɴꜰɪᴄᴛɪᴏɴ start : 5 November 2020 complete : On Going