21.

267 40 14
                                    

Korea, 23 mac 2020, 9.00am

"Sayang awak okay? Sini saya tolong awak" kata Jaehyun. Hyejin sudah mengerutkan dahinya hairan, dalam pada masa yang sama tubuhnya menggigil ketakutan. Lelaki ini kena rasuk ke apa? tiba tiba nak bersayang sayang.

atau Hyejin yang bermimpi?

"Sayang awak termenung apa hmm? handsome sangat ke saya?" kata Jaehyun sambil tergelak kecil. Dia kemudian mengusap kepala Hyejin lembut. Hyejin secara automatik mengelak dari di sentuh oleh Jaehyun.

Hyejin tersedar perbuatannya, dalam hati dia berdoa agar dia tidak dipukul, tetapi reaksi Jaehyun sama sekali tidak berubah. Lelaki itu tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipitnya.

"Saya minta maaf sayang, saya tak sedar apa yang saya buat. Mesti sakitkan?" soal Jaehyun. Dia menggosok lembut kesan lebam di bibir Hyejin. "Jom masuk bilik, saya ubatkan awak" Pujuk Jaehyun lalu mengangkat tubuh Hyejin.

Hyejin masih teragak agak dengan perubahan drastik Jaehyun, tetapi apakan daya mahu menolak tubuhnya terlalu sakit untuk bergerak. Jaehyun mendudukkan Hyejin di atas katil. Dia menuju ke almari dan mengambil first aid kit.

Bermula dengan kepala yang dihentak, Jaehyun mengambil kain dan mengelap darah yang sudah kering. "sstt" Hyejin meringis kesakitan. "Sikit je ni sayang, tahan eh" kata Jaehyun lembut.

Setelah darah di lap, Jaehyun menyapu ubat di kepala Hyejin. Dia beralih pula ke luka di bibir kesan dia menampar Hyejin. Perlahan lahan dia menyapu ubat di situ.

"Jae.."

"Ye sayang" sahut Jaehyun sambil memandang mata Hyejin. Wanita itu menggeleng perlahan. "Awak ni, saya tengah ubatkan luka awak ni, sengaja ganggu saya kan" Kata Jaehyun.

Hyejin tidak memberi apa apa respon dan membiarkan Jaehyun mengubatinya.

Layangan dia dipukul teruk, dihentak di sinki dan dicurahkan air panas oleh Jaehyun tiba tiba bermain semula di kepalanya. Gadis itu tersedar mukanya kembali pucat.

"Fokus Hyejin, jangan jatuh dalam permainan dia lagi. Tetapi kalau ini mimpi, jangan sedarkan aku. Biarlah aku mati dalam keadaan mengingati sisi Jaehyun yang ini" Kata Hyejin di dalam hati.

Sungguh kelemahannya adalah kelembutan Jaehyun terhadapnya.

Setelah siap menyapu ubat di seluruh tubuh Hyejin, Jaehyun menyimpan semula first aid kit di almari.

Jaehyun mengeluarkan satu dress panjang berwarna ungu lembut. "Sayang awak bersiap, lepastu pakai make up and tutup luka luka awak tu tau." kata Jaehyun.

"Awak nak bawa saya pergi mana mana ke?" tanya Hyejin. Jaehyun tersenyum, "Rahsia, siap cantik cantik tau" Kata Jaehyun lalu keluar dari bilik.

Hyejin berfikir, apa lagi tipu helah suaminya kali ni. Dia sudah cukup terseksa. Ya dia sedar ini semua realiti. Dia cuma berharap ini mimpi kerana dia sudah penat mahu menghadap semua ini.

Hyejin bersiap seperti yang di arahkan oleh Jaehyun walaupun agak mengambil masa kerana tubuhnya masih sakit sakit tetapi pada akhirnya dia siap juga.

Wanita itu duduk di meja solek, dia melihat wajahnya di cermin. Sedih dia melihat keadaannya sekarang. Ini ke hasil cinta dia terhadap Jaehyun selama bertahun tahun ini?

Perlahan lahan Hyejin mula menyolek mukanya bermula dengan foundation. Kesan kesan luka di tutup dengan Concealer sehingga tiada langsung kesan luka di wajahnya.

Dia memandang wajahnya di cermin, lama dia termenung. "Kan cantik isteri saya macam ni" Kata Jaehyun yang tiba tiba masuk ke dalam bilik.

Lelaki itu memandang wajah isterinya yang bersih tanpa kesan luka. "Kita nak ke mana?" tanya Hyejin. "Tak ada nak ke mana pun. Dekat rumah je" kata Jaehyun.

Hyejin tidak berani bertanya banyak, dia kemudian hanya diam. Tidak mahu menempah maut. Kalau dia tanya lagi banyak soalan takut ia menimbulkan kemarahan lelaki itu.

"Boleh jalan?" tanya Jaehyun. Hyejin mengangguk perlahan. Jaehyun mengenggam tangan isterinya dan membawa ke luar bilik.

Ting tong

Bunyi loceng rumah menandakan ada tetamu yang datang.

Jaehyun berdiri menghadap Hyejin, dia berbisik di telinga wanita itu. "Saya cuma bagi awak kebahagiaan yang terakhir" kata Jaehyun lalu mengucup dahi wanita itu.

"Ingat, kebahagiaan yang terakhir" kata Jaehyun sekali lagi bersama dengan satu senyuman, senyuman yang penuh bermakna.

Hyejin pasrah, ouh kebahagiaan yang terakhir. Patutlah lelaki itu berubah secara tiba tiba. Jadi dia akan mati selepas ini?
































hii how u guys doing? great? hehe since citer ni dh lama tk ter update so i bagi yall momment2 butterfly gitu from abang jamal ewah hope korg enjoy !

Me and My Husband || JJHWhere stories live. Discover now