22.

88 12 1
                                        

Korea, 23 Mac 2020, 11.45 pm

Ting tong

Sekali lagi loceng rumah berbunyi, "Ye sekejap !" Kata Jaehyun. Dia memandang Hyejin.

"Pergi buat air ye sayang, kita ada tetamu ni" Kata Jaehyun. "Okay" kata Hyejin sepatah. "Ouh ye, jangan nakal nakal tau sayang. Kalau tak kau tau lah balasan kau nanti" kata Jaehyun.

Jantung Hyejin mengepam laju, dia cukup trauma dengan pukulan Jaehyun. "B-baik" katanya. "Good girl sayang" Balas Jaehyun sambil menepuk perlahan kepala hyejin.

Hyejin segera menuju ke dapur untuk menyiapkan air manakala Jaehyun di hadapan membuka pintu kepada tetamu misteri itu.

"Encik Kim, jemput masuk. Maaf saya lambat buka pintu" Kata Jaehyun. "Eh tak apa saya tak kisah pun" Kata encik Kim merangkap lawyer kepada keluarga Hyejin.

Hyejin mengintai ke ruang tamu apabila terdengar suara yang tidak asing kedengaran. "Lawyer Kim?" soalnya seorang diri. Dia cepat cepat membancuh air dan menyediakan manisan kek coklat yang sudah sedia ada di dalam peti ais.

Dia membawa dulang makanan ke hadapan.

"Jemput makan encik Kim"

"Haa puan Kang, saya ada nak bincang dengan puan pasal surat permintaan yang puan hantar. Saya dah maklum kehadiran saya hari ni semalam tapi suami puan yang jawab talifon" Terang encik Kim.

Hyejin tersenyum kelat sambil memandang sekilas suaminya, "Haah suami saya ada bagitahu saya" Kata Hyejin walaupun dia tidak tahu langsung tentang surat permintaan apa.

"2 minggu lepas puan ada hantar surat permintaan pertukaran nama wasiat jika berlaku apa apa kepada pewaris. Dalam konteks surat puan tertera jika berlaku kematian, betul?" tanya encik Kim.

Hyejin tersentak seketika, tetapi perlahan lahan dia mengangguk kepala juga.

"Jadi hari ini saya tak nak bincang banyak cuma nak membuat kepastian semula dengan puan secara bersemuka" kata encik Kim.

Hyejin memejam matanya menahan rasa marah. Harta keluarganya adalah haknya, siapa Jaehyun nak ambil harta yang bakal jadi miliknya?

"Ini surat kepastian semula yang puan kena tandangan depan saya sebagai saksi dan puan juga kena cap ibu jari dekat tepi tanda tangan" Encik Kim mengeluarkan satu surat dari begnya dan dihulurkan kepada Hyejin.

"Jadi surat yang isteri saya hantar haritu diterima?" Tanya Jaehyun. Encik Kim mengangguk, "Ye surat itu diterima memandangkan harta pun dah jadi hak milik puan Kang jadi tak ada masalah kalau nak tukar nama" Kata Encik Lee.

"Kejap, harta dah jadi milik saya?" Hyejin menyoal hairan. Setahunya apabila dia berumur 25 tahun baru harta keluarganya akan menjadi milikya.

"Ya puan, haritu saya ada datang bagi surat penurunan harta. Sebelum encik Kang meninggal dia ada arahkan saya untuk turunkan harta kepada puan secepat mungkin" Kata Encik Kim.

"Masa saya datang ke sini haritu suami puan je yang ada, puan tiada di rumah. Suami puan tak ada tunjuk surat tu dekat puan ke?" Encik Kim memandang Jaehyun.

"Saya ada tunjuk haritu sayang, awak tak ingat ke?" Cepat cepat Jaehyun memandang Hyejin. "O-ouh ye ada, lupa pula saya" kata Hyejin.

"Sayang, tanda tangan surat ni" Jaehyun menolak surat tersebut kepadanya. Sebatang pen hitam dan juga red thumb print pad turut dihulurkan.

Hyejin memandang Jaehyun tidak percaya, jadi selama ini lelaki itu hanya mahukan hartanya?

"Awak pandang apa sayang?" Tanya Jaehyun, sambil matanya memandang Hyejin dan memandang kertas memberi isyarat menyuruh wanita itu menurunkan tanda tangannya segera.

Hyejin menarik nafas dalam.

"Encik Kim, saya nak fikirkan semula tentang keputusan saya boleh?" Kata Hyejin dengan beraninya. Ya dia tahu keputusannya ini akan mengundang kemarahan Jaehyun. Dia mungkin akan dipukul teruk oleh Jaehyun selepas ini.

"Boleh puan tak ada masalah" Kata Encik Kim. "Jadi kalau puan setuju nak teruskan saya akan datang semula sebagai saksi. Surat ni puan boleh simpan" Sambung Encik Kim.

"Baiklah encik Kim" Kata Hyejin.

"Kalau macam tu saya beredar dulu ye" Kata Encik Kim.

Jaehyun menutup pintu setelah encik Kim pulang. Dia menghembus nafasnya kuat sehingga didengari oleh Hyejin.

"Aku rasa aku ada ingatkan kau jangan buat hal kan tadi?" Tanya Jaehyun. Dia memusingkan tubuhnya dan memandang Hyejin di belakang.

"Awak tak ada bagitahu apa apa pun pasal surat wasiat tu. Lagi satu awak hantar surat pertukaran nama wasiat tanpa pengetahuan saya? Awak dah melebih tau Jung Jaehyun" Kata Hyejin dia turut berasa marah.

Suasana di antara mereka teramatlah tegang.

Jaehyun mengguling biji matanya menyampah, "Harta tu milik saya, awak langsung tak ada hak!" Kata Hyejin kali ni suaranya sudah meninggi.

Jaehyun mengangkat tangannya mahu menampar Hyejin, "HA TAMPAR, TAMPAR SAYA JAEHYUN. PUKUL SAYA MACAM AWAK PUKUL SAYA SEMALAM. DERA SAYA JAE ! SAYA DAH PENAT" Kata Hyejin.

Pang !

Satu tamparan hebat melekat di pipinya, air mata Hyejin langsung jatuh. "Kau jangan cabar aku perempuan" Kata Jaehyun dadanya turun naik melepaskan kemarahan.

Sekali lagi dia mengangkat tangannya untuk memukul Hyejin,

Drt Drt

Jaehyun menurunkan tangannya lalu menyeluk ke dalam poket seluar dan mengeluarkan talifonnya. Setelah melihat nama nombor yang menalifonnya, Jaehyun berjalan mahu ke pintu ke luar.

"Lepas saya tanda tangan surat tu, awak akan bunuh saya kan?" Kata Hyejin. Jaehyun berhenti berjalan. Hyejin tergelak "Mestilah awak bunuh saya terang terang harta tu akan jadi nama awak hanya selepas saya mati" Sambung Hyejin lagi.

"Biar saya mati sekarang je la Jaehyun, saya tak sempat tanda tangan awak tak akan dapat harta tu sampai bila bila" Kata Hyejin lagi. "Kalau kau nak tengok mayat mak kau, cubalah bunuh diri" Ugut Jaehyun.

Tersentak Hyejin tatkala itu.

"Jung Jaehyun kau jangan berani sentuh mak aku !"

"Ceit perempuan lemah"

Jaehyun langsung keluar dari rumah itu, dia kemudian mengunci pintu rumah dari luar.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Me and My Husband || JJHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang