17

420 55 15
                                        

Korea, 29 October 2016. 12.30 am

Mendengar hyejin merintih kesakitan jaehyun segera mendekati hyejin.

"sayang? Awak kenapa ni?" soal jaehyun cemas. "sakit" kata hyejin menekan perutnya.

Jaehyun melihat seluar putih hyejin sudah diseleputi darah merah. Segera dia mendukung hyejin dan keluar dari bilik.

Kunci rumah dan purse dia ambil, dia keluar dari rumah dalam keadaan tergesa gesa.

Jaehyun menahan teksi yang lalu dan masuk ke dalam kereta.

"bawa kami ke hospital yang berdekatan"

"tolong cepat sikit" arah jaehyun.

"Jebal.. " rintih hyejin dalam nada perlahan. Dahinya mula berpeluh menahan kesakitan yang dirasa. Jaehyun hanya bisa mengusap rambut gadis itu untuk menenangkan nya.

Sesampai sahaja di hospital jaehyun segera turun dari teksi dan menuju ke ward kecemasan.

"nurse tolong panggil doctor tengokkan isteri saya" kata jaehyun dalam keaadaan cemas. Dia meletakkan hyejin di atas katil yang berdekatan.

Seorang doctor diiringi dua orang jururawat segera datang menuju ke arah hyejin.

"kita perlu segera bawa pesakit ke bilik bedah" arah doktor tersebut. Katil itu di tolak menuju ke bilik bedah.

"gwaencha, semua akan baik baik" kata jaehyun kepada hyejin. Hyejin mengangguk lemah.

"Maaf encik, encik tidak di benarkan masuk ke dalam bilik bedah. sila tunggu di luar" seorang nurse menahan jaehyun dari masuk ke dalam bilik bedah.

Jaehyun menunggu diluar dalam keadaan yang berharap agar ianya diselesaikan dengan cepat. Dia berjalan kehulu hilir sambil menunggu apa yang sedang berlaku di dalam.

Tak lama selepas itu. Doktor keluar dari ward hyejin.

"doktor isteri saya okay ke?" jaehyun segera menuju kearah doktor tersebut.

"saya minta maaf. bayi encik dan puan tidak dapat diselamatkan. " kata doktor tersebut.

"Ha? Apa yang doktor cakap nih. Jadi isteri saya macam mana?" jaehyun yang mendengar itu memberi reaksi terkejut. Terasa sebak didadanya.

"puan hyejin okay, cuma pendarahan berlaku terlalu banyak dan janin tak dapat diselamatkan. saya minta maaf sekali lagi"

doktor park menunduk sedikit lalu beredar.

Jaehyun terdiam. Dia memegang dadanya yang sedang berdegup kencang itu dan tersenyum. Gembira rasanya apabila misinya berjalan lancar.

***

Setelah selesai pembedahan, hyejin telah di pindahkan di wad biasa.

Jaehyun memandang Hyejin yang terbaring tidak sedarkan diri di atas katil.

tok tok

"encik jung, doktor cari encik untuk membuat keterangan tentang keguguran puan hyejin" kata nurse itu.

jaehyun memandang hyejin sekilas, dia masih belum sedar. Jaehyun kemudian mengikut jururawat tersebut dari belakang hingga ke bilik doktor.

"ada apa doktor?" tanya jaehyun.

"boleh saya tahu puan hyejin ada makan apa apa ke sebelum pendarahan berlaku?" tanya doktor park. "dia cuma makan epal hijau je doktor" jawab jaehyun.

"saya dah pesan kalau masam sangat jangan makan. tu ke punca dia gugur doktor?"

"Berdasarkan keputusan pemeriksaan yang kita dapat, kita dapati darah puan hyejin dah bercampur dengan asid. Tapi kita dapati juga puan hyejin telah mengambil pil gugur" terang doktor park.

"p-pil gugur?"

"tapi kenapa isteri saya nak ambil pil gugur pulak?" soal jaehyun.

"itu saya tak pasti, cuma punca puan gugur adalah sebab pil tu dan bukan sebab epal yang dimakan"

"baiklah, terima kasih doktor. saya pergi dulu" kata jaehyun lalu keluar dari bilik doktor park dan masuk ke dalam ward hyejin.

***

Hyejin terbangun apabila terdengar pintu bilik di buka.  Dia membuka matanya perlahan-lahan sebelum melihat jaehyun yang baru masuk ke dalam wadnya. 

"sayang?" hyejin memanggil suaminya.

"awak dah sedar?"  jaehyun segera menuju ke arah hyejin dan memegang tangan perempuan itu.

"anak kita macam mana?" tanya hyejin dia memegang perutnya.

"anak kita dah tak ada.." jaehyun tersenyum hambar

"hm? Apa yang awak merepek ni jaehyun" hyejin tergamam. Kenapa dengan anak dia? apa yang jadi?

"saya dah pesan dekat awak kalau epal tu terlalu masam jangan makan banyak kan hyejin? kenapa awak degil?" jaehyun menundukkan kepalanya ke bawah

"doktor cakap awak gugur sebab makan makanan masam tu. asid terlalu banyak dalam epal tu yang menyebabkan keguguran"

Hyejin mengerutkan dahinya. Sungguh epal yang dia makan itu tidak terlalu masam, mustahil itu punca dia gugur.

"tapi epal yang saya makan tuh tak masam lah. Jangan merepek boleh tak" Dia mula bangun dari baringannya.

"awak nak pergi mana?" tanya jaehyun menahan hyejin yang tiba tiba sahaja bangun.

"saya nak pergi tanya doktor sendiri, mustahil saya gugur sebab epal, saya jaga pantang jaehyun!" dia menepis tangan jaehyun.

"kang hyejin! Doktor sendiri cakap macam tu, awak memang makan makanan masam dan itu lah puncanya !" suara jaehyun menaik.





















Hi guys, harinih masin update dua chap terus hihi. Jgn lupa voment tau.






Me and My Husband || JJHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang