Bab 14

3.8K 117 3
                                    

Aaron!

"Haih. Ingatkan siapalah tadi." Allef mengeluh lega!

"Obviously, aku yang kejut korang. Kang tak pasal-pasal diorang nampak...." Kata Aaron sambil mencari-cari Shahzuwan.

"Eh, mane Si Shahzuwan?" Tanya Aaron.

"Dalam bilik air." Jawab Allef. Aaron hanya menganggukkan kepala sahaja.

"Dah, sana! Aku nak mandi." Allef menolak Aaron yang masih tercegat di depan pintu.

"Aku nak tidur balik." Aaron menghempaskan badannya ke katil.

"Ish, kau ni! Tidur ajelah!" Kata Allef sebelum dia menuju ke biliknya.

Shahzuwan yang disebalik pintu bilik air mendengar sahaja perbuatan Allef dan Aaron.

'Fuhh... Nasib baik aku masuk bilik air dulu. And nasib baik jugak aku sempat ambil baju bersih aku.'

Dapat jugak Shahzuwan menarik nafas lega! Pili air dibuka. 'Aku rasa, tak payahlah aku menyusahkan diri pergi tandas tu lagi pagi-pagi. Kita tengok apa dia buat!' Shahzuwan mula membasahkan tubuhnya.

***************

10.46 pagi.

Pintu kelas dibuka, ucapan salam diberi. Shahzuwan duduk di tempatnya sambil mengeluh berat. Aizat yang berada disebelahnya perasan akan tingkahlaku Shahzuwan.

"Malas nak tanya, tapi... " Aizat memandang wajah Shahzuwan sebelum menghabiskan ayatnya. 'Erk!' Muka Aizat berubah sebaik saja terpandang muka Shahzuwan yang bersinar-sinar matanya.

"Haih... Kau kenape? Walaupun aku malas nak tanya." Kata Aizat yang bersikap acuh tak acuh.

"Kau dengar, kan? Cikgu cakap sebelum kita rehat tadi?" Kata Shahzuwan.

"Hmm? Pasal peperiksaan? Peperiksaan Pertengahan Tahun?"

"Yaaa... Aku dahlah tak bersedia lagi..."

"Alahai... Pertengahan je..." Aizat menyuap roti coklat ke mulut.

"Ummmm... Aizat..." Shahzuwan menghadap Aizat sambil memegang tangan kiri Aizat.

"Erk! Kau dah kenapa?" Mata Shahzuwan tepat ke mata Aizat. Aizat menarik tangan kirinya.

"Boleh tak, kau tolong aku belajar? Pwetty please..."

'Lahai... Kalau benda macam tu je, takkan sampai macam ni sekali..' Aizat mengeluh kecil.

"Boleh, tapi kenape kau sampai pegang tangan aku?" Tanya Aizat.

"Hehehehe... Sebenarnya, kalau boleh aku nak belajar kat dorm kau sekali package tidur dekat dorm kau....😝" Kata Shahzuwan sambil menggaru kepalanya.

"Asal? Bila? Sampai bila?" Bertalu-talu pertanyaan Aizat kepada Shahzuwan.

"Disebabkan minggu depan je peperiksaan, so.... Esok kita start study?" Kata Shahzuwan dengan selambanya.

"HaAA?!" Aizat terjerit sedikit.

Dalam tak sedar, mereka diperhatikan oleh stalker Allef.

Hater to HarderWhere stories live. Discover now