Shahzuwan mengemas baju-bajunya masuk ke dalam beg sandangnya. Disebabkan dia balik dua hari saja, dia membawa baju sedikit sahaja.
Sementara itu...
Allef dan Aaron berjalan menuju ke asrama setelah ke kantin untuk membeli air 'gedegang'. Allef ternampak Aiman bercakap dengan satu pasangan suami isteri lalu berlari menuju ke bilik pengumuman.
Allef cuba memanggil Aiman sebelum Aiman masuk ke bilik itu. "Man! Man! Aiman!" Setelah beberapa kali panggilan, barulah Aiman menoleh ke Allef.
Allef dan Aaron berjalan laju. "Siapa tu?" Tanya Allef.
"Oh, tu parents Shahzuwan." Kata Aiman.
"Ooo... Kau tak payahlah buat pengumuman. Nanti aku sendiri yang panggil dia kat dorm. Kau pergilah buat apa yang kau patut buat." Kata Allef kepada Aiman.
"Oh, okey." Aiman berjalan pergi.
"Kau dah kenapa? Rajin sangat nak panggil orang." Tanya Aaron.
"Hehehe... Aku ada motif aku sendiri." Kata Allef sambil memandang ibu bapa Shahzuwan.
"Kau nak buat ape pulak nii..."
Allef berlari menuju ke ibu bapa Shahzuwan. Aaron hanya mengekori Allef. 'Apelah yang dia nak cakap dengan parents Si Shahzuwan nih..'
"Assalamualaikum, Aunty, Uncle." Sapa Allef sambil tersenyum dengan sopan santunnyalah sangat.
"Waalaikumsalam." Jawab Encik Maizly.
"Aunty dan Uncle ni parents Shahzuwan, eh?" Tanya Allef.
"Ya, boleh tolong panggilkan Shahzuwan, tak?" Puan Shima bersuara.
"Oh, boleh. Nanti saya panggilkan. Tapi sebelum tu, boleh tak saya nak minta tolong sedikit? Bukan minta tolonglah, lebih kepada minta izin?" Tanya Allef sambil tersenyum.
'OMG! Apelah yang dia nak cakap tuuu...' Aaron mula risau. Dia tidak mahu terlibat dengan plan Allef ni.
***************
Aiman lalu di hadapan dorm Shahzuwan, ternampak Shahzuwan dalam fantasinya sendiri.
"Woi, Shahzuwan! Kau tak nak balik ke?" Terjah Aiman di pintu dorm.
Shahzuwan yang berangan itu hampir terjatuh dari katil. "Oh, parents aku dah sampai?"
"Dah lama dah. Tadi Allef kata dia akan bagitahu kau. Dia tak cakap ke?"
"Tak, pon..." Shahzuwan mula menyandang begnya, ingin keluar dan balik rumah secepat mungkin. Dia sudah terbayangkan katil dan bantal empuknya di rumah yang ingin dihempas badannya di katil itu.
"Bye! Jumpa lagi!" Kata Shahzuwan sebelum meninggalkan Aiman di dorm tanpa menutup pintunya. Shahzuwan terus berlari turun ke tingkat bawah.
Sedang-sedang Shahzuwan mencari, Shahzuwan ternampak ibu bapanya berdiri bersama dua orang pelajar? Siapakah?
YOU ARE READING
Hater to Harder
Teen FictionShahzuwan, budak baru pindah sekolah asrama lelaki! Satu hari, dia terlanggar senior, Allef Haiqal. Tak sengaja! Dia dipersalahkan! Sejak itu, dia asyik dibuli oleh Allef. ~~~ "Aku benci kau!" "Kau benci aku? Dah tu kenape..." Allef menunjuk bawah...