Bab 15

3.6K 113 1
                                    

Selepas waktu Ishak, 9.00 malam macam tu, Shahzuwan mulakan operasinya! Study di dorm Aizat!

Tok! Tok! Tok!

"Masuk!" Satu suara dari dalam dorm kedengaran.

Shahzuwan menguak pintu perlahan-lahan. "Huii..." Katanya sambil memunculkan wajahnya perlahan-lahan dibalik pintu itu.

"Oh. Shahzuwan!" Aizat agak terkejut dengan perbuatan Shahzuwan.

Shahzuwan meletakkan buku-bukunya diatas salah satu meja belajar di dalam dorm itu. Aizat hanya memerhatikan Shahzuwan dari katilnya. Senyap memerhati kerana Shahzuwan yang berpakaian baju sejuk berhud berupa kucing nampak tersangatlah... Pelik!

"Kau dah kenapa pakai baju tu? Siap ade telinga lagi!" Tanya Aizat.

Shahzuwan terpandang Aizat sambil memegang telinga kucing yang ade dihudnya. "Hmm... Kenapa? Tak boleh?😳"

"Haih... Bukan tak boleh, tapi... PELIK! Nasib baiklah kau takde ekor kucing kat baju tu ke seluar kau ke..."

"Hm? Sebenarnya... Ekor ade tapi dah tercabut. Pastu mak aku jahit kat bahagian yang berlubang tu jadi, tak nampaklah macam ade ekor." Kata Shahzuwan sambil pusing ke belakang untuk menunjukkan lokasi jahitan.

Lubang itu dijahit dengan teliti sehinggakan orang boleh tak perasan yang sebenarnya baju itu pernah koyak dan dijahit semula. "Oi, dah. Kata nak study!" Kalau Aizat tak mengingatkan mereka, nanti tak belajar pula!

Dalam ketekunan mereka belajar, Shahzuwan memecahkan suasana yang senyap itiu dengan menanyakan sesuatu kepada Aizat. "Aizat, mana budak-budak dorm kau? Kau duduk dengan siapa je?"

"Dalam dorm ni, ade 5 orang. Tiga form 4 termasuk aku, dua form 2." Jawab Aizat. Tak pandang pun muka Shahzuwan.

"Oh... Kalau macamtu..." Shahzuwan tidak dapat menghabiskan ayat, Aizat terus potong berkata, "Tak boleh!"

"Ehhh... Kenape??"

"Sebab nanti penuh bilik ni." Kata Aizat dengan nada yang keras.

"Kan ade extra katil... Lagipun, aku nk duduk sini kejap je."

"Sampai bila?" Kali ni Aizat betul-betul pandang muka Shahzuwan.

"Sampai habis Peperiksaan Pertengahan Tahun ni. Boleh?"

"Hmm..." Aizat mengira berapa harilah yang dia kena tahan dengan Shahzuwan. Hampir sembilan hari! 'Boleh ke aku deal dengan budak lain ni? Well, to be honest, aku tak nak pun dia ade.'

"Bole..." Shahzuwan memeluk Aizat yang belum sempat kata lagi.

"Thank you! 😆Aku sebenarnya ada sebab sendiri kenape but aku tak nak bagitahu! sebab kau tak tanya." Shahzuwan melepaskan pelukannya lalu menunjukkan dua jari ✌️'Peace'.

Hater to HarderWhere stories live. Discover now