Bab 20

2.8K 90 5
                                    

"Aaron, aku sedih..." Allef berjalan ke arah Aaron yang baru saja selesai mandi.

"Tadi kau lain, sekarang kau lain pulak! Dah kenapa sedih?" Kata Aaron sambil mengelap rambutnya.

"Nak peluk!" Allef mendepakan tangan menghadap Aaron. Aaron memandangnya dengan wajah pelik akan kelakuan Allef.

"Tadi aku peluk kau, kau tak endahkan..." Aaron memeluk Allef. 'Macam-macamlah Allef ni.'

***************

Satu sahaja langkah lagi untuk Shahzuwan sampai di hadapan pintu dormnya, tetapi dia berhenti kerana dia ternampak Aaron berpelukan dengan seseorang.

'Ops! Nak masuk dorm, tapi tak nak kacau daun!' Monolognya sendiri.

Shahzuwan mula memfokuskan penglihatannya. Siapa yang Aaron peluk tu? 

'Dari belakang, nampak macam aku kenal, rambut... Siapa eh? OMG! ALLEF KE?!' Shahzuwan tampak amat terkejut sekali. Dia menarik dan menghembus nafas dahulu sebelum melangkah masuk dengan muka selamba. Siap ketuk pintu lagi!

Mata Aaron dan Shahzuwan bertemu. Aaron mula seram sejuk kerana pandangan dingin Shahzuwan. 'Habislah aku...' Aaron mula resah.

Allef yang berada di pelukannya perasan yang Aaron resah semacam. "Kenapa?" Kata Allef sambil memandang muka Aaron.

"Dahlah. Aku nak buat kerja sekolah ni." Aaron melepaskan pelukannya.

Sebaik Allef menoleh belakang, mata Allef terpandang Shahzuwan yang sedang duduk di katil masih menghadap tempat yang Allef dan Aaron berdiri berpelukan. 

"Eh, Shah! Bila kau masuk?" Tanya Allef dengan suara yang riangnya.

"Masa korang tengah asyik berpelukan kat depan tu. Nasib baik bukan kat depan pintu. Lain kali tutuplah pintu..." Kata Shahzuwan. Shahzuwan berdiri, pergi ke begnya dan berpura-pura mencari sesuatu.

"Shah, esok kau balik rumah ke?" Tanya Allef.

"Yup. Asal? Nak ajak dating?" Jawab Shahzuwan sambil tersengih dan masih leka berpura-pura mencari sesuatu. Seketika, dia baru tersedar yang dia terlepas kata 'dating'. 

"Ha'ah. Jom! Kita pergi-" Jawab Allef.

"Eh, tak. Aku merepek." Cepat-cepat Shahzuwan pintas kata Allef.

"Takpe, aku pulak yang ajak kau. Jom dating! Dah seminggu aku tak jumpa kau." 

"Tak nak! Kau pergilah sendiri."

"Kalau pergi sendiri tu bukan dating. Dating kena berdua."

"Kalau macam tu, ajaklah orang lain."

"Tak nak ajak orang lain, aku nak kau."

Shahzuwan baring lalu menyelimuti badannya. Allef menghela nafas berat, terus pergi ke luar dorm berjumpa dengan Aaron. 

'Kenapalah aku terlepas cakap macam tu! Malunya!' Shahzuwan tersengih sendiri apabila dia teringat kata-kata Allef. "Aku nak kau." 

'Kenapalah kau cakap macamtu. Dengan suara kau tu, confirmla aku cair.' Shahzuwan masih lagi tersengih sambil memegang pipinya. 

Hater to HarderWhere stories live. Discover now