Bab 19

3.5K 123 7
                                    

Hari beganti hari, sudah pun mula hari yang dimana pelajar masing-masing gigih dan fokus belajar walaupun hanya Ujian Bulanan. Sama juga seperti Shahzuwan belajar bersama-sama Aizat di dorm pada waktu malam. Sekali-sekala Shahzuwan bertanyakan soalan yang dia tidak faham dan Aizat membantunya.

Oh, Allef! Aaron yang datang menjengah ke dorm Allef ternampak Allef fokus belajar dan dia diminta tidak mengganggu Allef.

'Hehh... Tak payahlah nak belajar sangat... Kau tu bukannya boleh dapat A pun...' Fikir Aaron sambil berjalan ke arah dormnya. Dia memandang dorm Aizat sekilas.

•• 8 Mac, peperiksaan sedang dijalankan. Selang-seli sehari ke sehari. Peperiksaan terus dijalankan selama seminggu. ••

***************

"Yow, Allef!" Sebaik saja kertas terakhir sudah dihantar kepada cikgu, Aaron datang menyerang Allef.

"Haa... Kau kenape?" Jawab Allef tak bermaya.

"Rindu!!😙" Kata Aaron sambil memeluk belakang Allef.

"Kenape kau pulak nak rindu? Patutnya orang lain yang rindu..." Allef membiarkan saja Aaron memeluknya.

"Yelah, sebab kau dah seminggu tak layan aku 😭... Kesian aku, sunyi tanpa orang yang tersayang di sisi..." Aaron meletakkan kepalanya di bahu Allef.

"Apelah yang kau merepek ni..." Balas Allef langsung tidak mahu memandang wajah Aaron.

***************

Selepas waktu sekolah habis, Shahzuwan masuk ke dorm Aizat. Aizat memandang Shahzuwan yang selamba badak masuk dan terus duduk di katilnya.

"Weyh, kau salah dorm." Aizat bersuara.

"Ha? Eh, ni bukan dorm aku?" Tanya Shahzuwan sambil tersengih.

"Bukan. Keluar sekarang. KELUAR." Kata Aizat sambil menunjuk ke arah pintu dorm yang terbuka luas.

"Aku baru nak bergurau dengan kau... 😔👉👈 " Shahzuwan membuat muka sedihnya sambil memandang Aizat dengan mata yang bersinar-sinar.

Aizat berhenti menulis, meletakkan pen di sebelahnya, menutup buku dan duduk menghadap Shahzuwan. "Ok, ok. Kau nak APA SEBENARNYA."

"Aku nak pindah dorm sini, boleh?"

"HAHH?!! Mana boleh tukar tanpa sebab!" 

"Ape pulak tak ade sebab. Ade lahh! Sebab, kat sini tenang je nak study, nak tidur. Kat dorm aku tu, jangan kata nak study, nak mandi pon susah tahu tak?!"

"Ape yang diorang buat sampai kau nak mandi pon susah?"

Shahzuwan baru menyedari yang dia sudah terlepas cakap. "Umm... Diorang..."

"Kenape?? Buli? Well, memang tak peliklah kalau kau kena buli."

'Kalau boleh, aku tak nak beritahu kau pasal ni...' Shahzuwan masih memikirkan ayat yang sepatutnya dia balas.

"Allef selalu datang dorm, kacau aku." Kata Shahzuwan perlahan.

"Oh, tu je? Lek ahh... Kalau dia buli kau teruk sampai kau nangis, bagitahu aku. Biar aku ajar dia!" Kata Aizat sambil menggenggam penumbuk.

"Okeyh... Maksudnya tak bolehlah aku duduk dorm ni satu tahun ni?" Shahzuwan masih lagi tidak mengalah ingin memujuk Aizat terimanya sebagai ahli di dalm dorm itu.

"TAK BOLEH TITIK." Kata Aizat sambil menggelengkan kepalanya.

Shahzuwan berdiri dan terus keluar dari dorm tu. Mengharapkan Aizat memanggilnya, dia menundukkan kepalanya. Setelah beberapa meter, dia tidak dipanggil oleh Aizat, dia mengalah saja. 'Memang betul-betul tak boleh ni.'

Shahzuwan masuk saja dorm,  dia ternampak...

Hater to HarderWhere stories live. Discover now