Salah seorang pelajar itu melambai ke Shahzuwan. Semakin lama dia berjalan, semakin dekat dan jelas wajah dua orang pelajar yang berada bersama ibu bapanya.
"Eh, Abang Aaron." Kata Shahzuwan. Langsung tidak memandang Allef yang melambainya.
"Lah, Wan... Kenapa tak bagitahu yang korang ade plan nak keluar?" Kata Puan Shima kepada anaknya, Shahzuwan.
"Eh?" Shahzuwan lantas memandang ibunya pelik lalu memandang Allef dan Aaron yang berada di sebelahnya.
Allef senyum. Aaron memandang ke tempat lain, tidak mahu matanya bertemu dan memandang mata Shahzuwan.
"Tak apalah, korang pergi jelah outing, Ummi dan Papa boleh balik." Kata Puan Shima.
"Eh, apa pulak! Wan nak balik rumah jugak! Ni dah packing barang lepastu nanti nak beli macam-macam. Takpe, nanti bila-bila kitorang boleh outing. Kesian, Ummi and Papa datang jauh-jauh..." Shahzuwan cuba memujuk ibunya supaya dia tidak ditinggalkan bersama Allef.
'Apa yang kau cakap kat Ummi aku, haa?!! Allef!!' Bila-bila masa sahaja Shahzuwan boleh meletup.
"Hmm, kalau macam tu, ajaklah Allef tu balik rumah sama-sama. Takpe, Ummi tak kesah."
Dengar sahaja Puan Shima berkata sedemikian, Allef dan Shahzuwan memandang satu sama lain. Allef tersenyum, muka Shahzuwan pula tidak puas hati. 'Apalah yang kau cakap dengan Ummi and Papa aku tadi sampai Ummi aku ajak kau balik rumah?! Nasib baik aku tahu yang Abang Aaron tak ada kena-mengena sebab nampak obvious sangat ni plan kau.'
"Haa, nak balik ke tak? Kalau nak balik masuklah cepat." Kata Encik Maizly sambil memicit butang buka kunci kereta.
"Yelah, tunggu sekejap nak ambil barang. Ade yang tertinggal kat dorm." Shahzuwan meletakkan begnya ke dalam kereta Perodua Aruz milik ibunya lalu menarik Allef menjauhi kereta dan ibu bapanya. Aaron tak mahu masuk campur lagi hal ini, jadi dia pergi daripada situ.
"Jangan lupa suruh Allef tu ambil barang-barang dia sekali!" Puan Shima mengingati anaknya yang membawa Allef pergi.
***************
"Ape yang kau cakap kat Ummi aku?" Tanya Shahzuwan.
"Tak cakap ape yang penting sangat pun. Aku just cakap aku nak ajak kau dating tapi disebabkan aku cakap last minute, kau tak nak. Pastu mak kau benarkan kita pergi dating and dia akan balik rumah. Then, bila kau datang, benda lagi baik terjadi! Wah, tak sabarnya!" Kata Allef selamba sambil mengemas baju-bajunya.
"Ish, kau ni! Kenapa kau cakap kat Ummi aku macam tu? Kau tak tahu, Ummi aku ni suka sangat kalau aku ade kawan sebab akulah satu-satunya anak yang dia ada sekarang. Ni yang aku menyampah ni kalau ade orang macam kau ni." Kata Shahzuwan.
"Okey, done." Allef menyandang beg dan berjalan di sisi Shahzuwan.
Allef terperasan sesuatu. "Tadi bukan kau kate kau nak ambil barang tertinggal? Mane?"
"Eh, sibuklah kau. Kau nak pergi rumah aku ke tak?"
"Of course... Excited dapat pergi rumah bf ni!" Shahzuwan memandang Allef tajam.
"Sejak bila pulak kita dating?" Kata Shahzuwan dengan suara yang teramatlah perlahan.
YOU ARE READING
Hater to Harder
Teen FictionShahzuwan, budak baru pindah sekolah asrama lelaki! Satu hari, dia terlanggar senior, Allef Haiqal. Tak sengaja! Dia dipersalahkan! Sejak itu, dia asyik dibuli oleh Allef. ~~~ "Aku benci kau!" "Kau benci aku? Dah tu kenape..." Allef menunjuk bawah...