Pastikan semua assigment minggu lepas dihantar diatas meja saya. Tepat.pukul.10 pagi!" jeritan pensyarah yang amat dikenali di fakulti jurusan seni bina itu menakutkan seluruh pelajar di dalam dewan kuliah. Aku yang tertidur terus terjaga lalu air liur dibibir dilap.
"Selamat pagi. Baru bangun ye." kata Lia. Aku menjeling tajam kearah nya. Buku-buku aku dikemas dan diletakkan ke dalam beg. Aku dan Lia sama-sama menuju ke kafeteria dibelakang bangunan universiti itu.
"Masih ada latihan bola lagi ka? Bukan kelmarin sudah habis ka perlawanan bola sepak peringkat univerisiti tu?" omel aku. Kebanyakan pelajar lelaki disitu ponteng kelas. Namun itulah. Sendiri buat sendiri tanggung.
"Ada perlawanan lagilah. Kelmarin punya ditunda atas faktor cuaca. Sudah lupa?" kata Lia. Aku mengangguk faham. Kebetulan, dalam beberapa hari ni kerap hujan juga.
"Kau petang balik rumah ke? Atau kau pergi jumpa boyfriend kau?" tanya aku. Lia ketawa kecil. Sudah 5 tahun aku tinggal sebumbung dengan Lia jadi aku amat mengenali sikap nya.
"Haah, kau pulak? Takkan lah duduk rumah sahaja? Umur dah nak 30. Tidak mahu cari pasangan ke?" tanya Lia. Aku menekup mulut nya. Banyak cakap kalah burung murai.
"Kalau aku ada jodoh, nanti dalam pelajaran aku jadi bodoh. Kalau aku jadi bodoh, nanti kau kata pergilah cari jodoh. Macam mana tu? Eii aku takde masa lah nak bermesra bagai." omel aku. Beg aku dicampak ke atas kerusi.
Bukan Lia sahaja yang berkata begitu, malah ibu aku juga begitu! Kata nya tidak sabar mahu timang cucu padahal, aku teman lelaki pun tiada. Apa pun tiada.
Jadi, mahu saya buat apa @.@
"Takpe, aku akan carikan untuk kau. CONFIRM lepas kau ada boyfriend, kau akan nak berkepit je dengan lelaki tu 24 jam. Aku jamin 100%!" kata Lia. Aku hanya diam sambil menjulingkan mata ke atas.
Menyampah. Semua paksa aku cari lelaki. Itulah hidup aku si anak katak.
YOU ARE READING
our wedding day. rj✔
Короткий рассказPerkahwinan yang tidak dirancang dan rupanya berkawin bersama anak tapir. Tak sangka aku kawin dgn anak tapir -Seo JiHyun highest ranking # 1 - renjun 9102021