"Sir, maaf lambat hantar." ujar aku. Sir Yoo Seok meneliti hasil kerja kumpulan aku bagi assigment pada bulan ini. Setelah diperiksa, Sir Yoo Seok mengangguk menandakan kerja itu diterima. Aku menghembus nafas lega."Penat nampak. Buat apa sampai penat?" tanya Sir Yoo Seok. Aku terdiam lalu menggeleng.
"Takdelah, cuma tidak cukup tidur Sir." jawab aku. Setelah itu, aku meminta untuk mengundur diri. Perut aku sudah berkeroncong mintak diisi. Kafeteria pula tutup hari ini untuk kerja pengubahsuaian. Terpaksalah aku mencari makanan di luar.
"Lia mana nii." aku membuka chat message Lia. Tiada tanda-tanda perempuan itu akan membalas message kerana last seen pada hari rabu lepas. Aku merengus kasar.
"Mana makcik ni pergi heh? Adu." aku tidak berlengah lagi lalu mengorak langkah ke perhentian bas. Pelajar-pelajar dan pekerja awam memenuhi ruangan perhentian bas kerana sekarang merupakan waktu rehat.
Aku berjalan melintasi lautan manusia disitu. Sempit jika menunggu dibelakang. Lagipun, aku tidak mahu terlepas bas. Lapar sudah.
"Oi perempuan. Mata kat lutut ke?" aku secara tidak sengaja terlanggar siku seorang lelaki sehingga telefon pintar nya jatuh ke lantai. Dengan pantas, aku mengambil telefon yang terjatuh itu.
"Maaf, saya tak sengaja—" aku menggenggam telefon itu kuat. Geram melihat wajah lelaki yang telah berselubung dengan selimut bersama aku pada malam kelmarin. Hati aku dicuit dengan sedikit perasaan malu dan geram.
"Kau...ikut aku ke?" tanya lelaki itu. Aku menggeleng pantas. Tiada masa mahu mengikut orang. Aku bukan lah sasaeng seperti orang diluar sana itu.
"Ikut aku." kata lelaki itu. Kening aku berkerut. saat bas tiba, orang ramai berpusu-pusu beratur di pintu masuk bas. Aku mengeluarkan kad pengangkutan awam di dalam wallet aku.
"Untuk 2 orang." kata lelaki itu. Aku memandang nya tidak percaya. Bahu lelaki itu dicuit kecil.
"Yah, kenapa kau bayarkan?" tanya aku. Lelaki itu hanya senyum sambil menggeleng tidak tahu. Aku semakin buntu melihat perilaku lelaki itu yang pelik-pelik.
"Huang Renjun. Nama aku Huang Renjun."
YOU ARE READING
our wedding day. rj✔
Kısa HikayePerkahwinan yang tidak dirancang dan rupanya berkawin bersama anak tapir. Tak sangka aku kawin dgn anak tapir -Seo JiHyun highest ranking # 1 - renjun 9102021