Perkahwinan yang tidak dirancang dan rupanya berkawin bersama anak tapir. Tak sangka aku kawin dgn anak tapir -Seo JiHyun
highest ranking
# 1 - renjun 9102021
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Wei, tunggu-tunggu!" Lia menghalang jalan aku. Tangan aku dipegang erat. Mana tak marah jika setiap hari Renjun datang mengambil aku. Kalau boleh, mahu sahaja dia menghantar aku sehingga ke dalam kelas. Fikir aku suka? Ini semua tentu rancangan Lia.
"Erm, macam ni lah. Dia ikhlas nak berkawan dengan kau. Apa kata kau berkawan dengan dia? Dengan cara yang baik?" kata Lia. Aku merengus kasar lalu berjalan meninggalkan dia.
"Ha, lagi satu. Kau jangan ingat lepas ni boleh permainkan aku heh setan! Sebelum aku simbah air yassin Sajat dekat muka kau!" ugut aku. Lia tersenyum sumbing sambil mencuit bahu aku.
"Renjun tu baik wei. Kesian dia. Tak ingat ke pengorbanan dia menyelamatkan—"
Menyelamatkan? Baru sahaja tadi dia jatuh longkang akibat terpijak kulit pisang. Akibatnya, terpaksa lah aku sedekah baju dan seluar milik aku. Ugh.
"Sudahlah kau. Pergi main jauh-jauh!" kata aku dengan kasar.
*********
Bunyi deringan telefon Jihyun mengejutkan dia. Nombor yang tidak di save itu ditenung dengan satu perasaan menyampah. Tuala di baju nya disidai terlebih dahulu sebelum menjawab panggilan telefon.
"Nak pulangkan baju ke?" tanya Jihyun. Renjun hanya menjawab ya. Jihyun mengambil getah rambut nya lalu keluar daripada rumah. Rambut basah nya diikat rapi supaya tidak kelihatan seperti pontianak sundal malam.
"Baru balik ke?" tanya Renjun. Jihyun tidak menjawab. Baju di dalam beg kertas itu dilihat dengan tajam. Dia perlu memastikan baju itu telah dibasuh.
"Ok, sila balik." Jihyun menunduk meminta Renjun mengundur diri. Lelaki bertinggi sederhana itu memuncungkan bibir nya. Jihyun memandang Renjun pelik.
"Ouh, lapar ye. Ha nahh." sebungkus gula-gula dikeluarkan daripada poket seluar nya. Renjun membuka plastik gula-gula lalu mengunyah nya.
"Jihyun. Jom couple." tersedak Jihyun mendengar confess daripada lelaki yang bernama Huang Renjun.
Datang-datang entah daripada planet mana. Selepas itu mintak gula-gula. Dah manis mulut tu terus confess. Kepala ayam dia.
"Keep dreaming, teruskan bermimpi...mimpi-mimpi, mampuss!" secara tidak sengaja, Jihyun menampar wajah Renjun hingga lelaki itu terhantuk ke cermin kereta. Renjun terbaring tidak sedarkan diri.