6

721 133 38
                                    

"Wae neoneun nareul mannaseo" bunyi deringan telefon pintar mengejutkan aku di pagi hari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Wae neoneun nareul mannaseo" bunyi deringan telefon pintar mengejutkan aku di pagi hari. Nombor yang tertera merupakan nombor yang tidak dikenali. Siapa pula yang share nombor aku pada orang ni?

"Eh anak tapir. Mana kau dapat nombor aku ni? Aku takde duit lah. Kau nak—"

"Dah tengah hari. Tak nak bangun ke?"  suara Renjun dihujung panggilan menakutkan aku. Langsir tingkap diselak sedikit. Sebuah kereta dihadapan rumah itu menakutkan aku.

"Mana kau dapat nombor aku ni? Kau hacker ke? Apa kau buat depan rumah aku ni?" soalan bertubi-tubi itu hanya dibalas dengan bunyi gelak tawa Renjun di telefon. Aku merengus nafas kasar.

"Tak payah banyak cakap. Cepat ikut aku." kata Renjun. Aku menggenggam hujung baju aku. Sudah pasti lelaki ini hanya buaya darat! Kau ingat aku terpedaya dengan lacoste macam kau ni?

"Aku sibuk. Ada banyak kerja. Lagipun, lagi 2 bulan aku ada exam." kata aku. Renjun berdehem kecil lalu menyambung ayat nya.

"Jauhi study, dekati saya."  jawab Renjun. Lah, punyalah bangang lelaki ni. Pickupline mana dia curi ni? Sempat pergi google untuk cari ka?

"Lain kali lah. Aku tiada masa. Better kau balik daripada menunggu aku dekat luar tu." kata aku. Renjun mengeluh lemah lalu kedengaran pintu kereta dibuka. Aku terkebil-kebil sambil menggigit jari.

"Kau tunggu kejap. Aku naik. Pastikan—"

"YELAH-YELAH. KEJAP!"

**********

"Kau suruh aku...teman kau beli barang dapur?" aku menggenggam pemegang troli dengan erat. Renjun hanya memekakkan telingan sambil melihat ikan-ikan segar disitu. Aku memgambil phone di dalam poket. Sudah 45 minit kami berlegar-legar di dalam pasar raya besar itu.

"Kau nak makan apa? Cepat cakap." kata Renjun. Aku merengus kasar. Sekarang ini sudah masa dia untuk menonton netflix. Ikan yang diambil Renjun diletakkan di dalam troli.

"Ouh kau nak aiskrim heh tadi? Kejap." Renjun berjalan melintasi aku. Siapa kata aku mintak aiskrim? Bercakap pun aku tidak sempat tau tak?

"Aku nak balik." kata aku. Renjun merenung aku tajam. Jantan ni, kalau boleh mahu saja aku keluarkan ilmu silat gayung yang diajar oleh Cikgu Sajat.

"Kita kan pasangan. Ahaaaa." rambut aku diusap perlahan. Tangan Renjun digigit oleh aku sehingga berdarah. Orang yang lalu lalang memandang kami berdua sambil berbisik.

"Eh kambing! Sakit!"

our wedding day. rj✔Where stories live. Discover now