2

889 150 20
                                    

"Kau buat apa tu?" tanya aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau buat apa tu?" tanya aku. Lia menghembus nafas lemah. Aku yang baru habis mandi terus terpinga-pinga. Memang aku dilahirkan untuk di ignore saja ke? Sudahlah mata aku sembam akibat menyiapkan assigment yang banyak.

"Tak sangka kau layan cerita biri-biri dan serigala." ujar aku. Rak buku Lia dibelek-belek oleh aku. Terdapat pelbagai koleksi buku cerita kisah dongeng yang dikumpul oleh Lia.

Umur sudah tua, tapi jiwa masih muda ya.

"Kau cari lah boyfriend yang macam serigala. Hari-hari dia akan kacau kau. Segarang-garang serigala, sekurangnya serigala kelakar." ujar Lia. Aku ketawa sambil menggeleng kepala. Pelik-pelik saja sahabat aku yang sekor ni.

"Merepek kau. Serigala tu garang. Aku nak cari lelaki yang baik. Bukan jenis batu api." ujar aku. Lia menjeling aku sambil senyum penuh makna. Aku membuat rolling eyes. Menyampah aku.

"Ye ke niii. Sekarang ni mana ade lelaki yang ada sifat baik je. Semua lacoste-lacoste je. Tapi yang lacoste pun baik jugakk." kata Lia. Aku hanya mengiyakan. Malas mahu melayan.

Laptop aku dibuka. Aplikasi netflix ditekan. Aku bosan, jadi baik aku memanfaatkan masa dengan menonton apa-apa drama atau movie. Tiadalah aku hanya tidur seharian seperti orang malas.

"Eh, aku benci betul iklan google ni. Ada itu lah, ini lah." ujar aku. Lia memandang laptop aku sambil melihat setiap iklan yang keluar.

"Pendaftaran mencari jodoh. Eh, kejap. Aku nak tengok—" aku menepis tangan Lia. Iklan tersebut terus dibuang oleh aku. Lia merengus geram lalu duduk disofa.

"Baik kau daftar. Kau dah lama single sekurang nya carilah crush ke ape ke. Ini tak. Asyik studyy jeee." bebel Lia. Aku mengangguk sambil menghirup segelas kopi.

"Single Lives Matters" kata aku sambil tersenyum gembira.


our wedding day. rj✔Where stories live. Discover now