"Ha? Kau nak balik kampung? Kenapa? Kita belum cuti lagi." kata Lia. Aku mengehmbus nafas berat. Ibu aku sudah memekak paksa aku untuk balik. Kata nya ayah sudah lari rumah 3 hari.
"Masalah keluarga aku. Sekejap je. Lusa aku balik." kata aku. Barang-barang aku dimasukkan ke dalam kereta. Lia menemani aku sehingga keluar rumah.
"Renjun? Kesian dia terbaring kat rumah tu. Tak nak melawat dia ke?" tanya Lia. Aku membuat rolling eyes. Menyampah mahu berjumpa dengan lelaki itu. Sekurangnya bagilah aku berehat.
"Hati-hati. Jangan melencong ke tempat lain." kat Lia. Aku mengangguk lalu memecut laju. Perjalanan yang memakan masa 50 minit itu aku manfaatkan dengan mendengar lagu.
✴✴✴
"Eomma. Helloo~" suasana rumah yang senyap dan sunyi membuatkan aku semakin runsing. Adakah penghuni rumah ini sudah menghilang?
"Yah." kepala aku diketuk menggunakan sudip. Aku menoleh sambil menggosok kepala aku. Sakit dia ya ampun...mahu pecah kepala dibuatnya.
"Eomma! Sakitlah! Eish." omel aku. Ibu ku hanya menghiraukan kata-kata aku lalu masuk ke dalam rumah. Aku membuntuti ibu ku daripada belakang.
"Kenapa ayah lari rumah?" tanya aku. Satu pandangan tajam diberikan. Selalu nya ayah lari rumah kerana ibu juga.
"Ayah tu dah tua lah ibu. Jangan paksa ayah buat kerja berat." kata aku. Meja makan dihentak kuat. Hampir tercabut jantung aku dibuatnya.
"Habis tu? Ibu ni? Tak tua? Hari-hariiiii ibu buat kerja tanpa henti. Lelaki tua tu tau duduk rumah tak buat apa-apa!" kata ibu. Aku mengeluh lemah lalu memicit kepala aku.
Sebab nilah orang muda takut nak kawin.
"Kakak nak masuk bilik dulu." aku berlari masuk ke bilik. Takut tiba-tiba tanya pasal kawin. Apa yang aku mahu jawab kan?
"Ahhh. Berhabuk nya bilik ni." kata aku. Penyapu dihujung bilik di ambil. Segala habuk yang melekat di kipas dan dinding dibersihkan. Sudah 3 bulan aku tidak pulang ke rumah ni.
"Mandi kejap lah." aku menyelongkar baju di dalam almari lalu diletakkan ke atas katil. Aku menoleh ke arah tingkap. Membulat mata aku melihat lelaki miang itu di hadapan tingkap.
"Woi! Kau mengintip aku heh?!" jerit aku. Renjun menggeleng. Dia melompat masuk ke dalam bilik aku melalui tingkap. Kenapalah rumah ini dibina rapat dengan rumah jiran...
"Sejak bila kau berjiran dengan aku ni?" tanya aku. Renjun menghiraukan kata-kata aku lalu menyelak segala buku-buku aku di dalam almari.
Dengan keadaan hidung patah nya. Ya ampun.
"Tak nak mandi ke? Pergilah mandi." kata Renjun. Eh jantan ni. Sedap-sedap je halau aku. Kalau aku mandi nanti mesti waktu tu dia selongkar semua barang-barang aku.
"Aku nak tanya. Sejak bila kita berjiran?"
YOU ARE READING
our wedding day. rj✔
Cerita PendekPerkahwinan yang tidak dirancang dan rupanya berkawin bersama anak tapir. Tak sangka aku kawin dgn anak tapir -Seo JiHyun highest ranking # 1 - renjun 9102021