C • 11

163 30 42
                                    

DIA merebahkan badannya ke katil bersaiz king miliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DIA merebahkan badannya ke katil bersaiz king miliknya. Kedua-dua tangannya didepang seluas-luasnya seraya matanya melurus pada siling bilik.

Perlahan-lahan, bibir merah Aydin terlukis senyum sinis. Dia teringatkan janji yang telah termeterai di antaranya dengan Arvin.

Janji itu kedengaran mengarut dan mustahil. Negara Aruna meskipun tak sebesar negara Rusia, namun negeri Britta, tempat yang bakal dia dipindahkan itu jauh beratus-ratus batu dari Conary.

Jarak Conary dan Britta umpama utara dan selatan, barat dan timur. Sangat jauh terpisah. Mungkin disebabkan itu, Arvin bersetuju saja dengan perjanjian itu tanpa mengesyaki apa-apa.

Lelaki tua itu sangka, Aydin masih seorang kanak-kanak kecil yang takutkan ayahnya. Lelaki yang semakin berusia itu juga mungkin tak pernah menyangka, Aydin akan berani-berani bertindak di luar kawalannya.

Dan Arvin berfikiran, lembu yang sentiasa dicucuk hidungnya tak mampu menjadi lebih dari seekor lembu tak berakal dan pengecut.

Silap Arvin satu. Dia tak sedar, perangkap yang dia sendiri cipta akan mula memakan diri. Anjing yang dikenalinya sebagai seekor anjing yang setia, bakal mengeluarkan taring tajamnya dan menggigit si tuan.

Huh, tak mungkinlah aku buat janji bodoh macam tu tanpa perancangan. Gerutu hati Aydin.

Myria. Myria Qiandra. Nama itu berlegar di fikirannya. Bayangan wajah itu muncul di mata batinnya. Dia dahagakan seorang patung mainan untuk diperdayakan. Dan Myria Qiandra adalah calon sempurna untuk menghilangkan hausnya.

Kata-kata amaran si ayah pula terngiang-ngiang di telinga.

"A woman like Myria is like a drug. Addictive, hard to get over. She makes you high but then she's not the one who'll chase you. You. You're the one who'll craving for her."

I'm already addicted, papa. I'm already craving for her. You're too late to stop me. Itu kata hati Aydin. Dia nekad. Dia mahukan Myria Qiandra walau apa jua. Dia mahu rasa itu. Rasa seronok dan teruja. Rasa yang sudah lama tiada dalam dirinya.

Aydin pegang dadanya. Dia boleh merasakan jantungnya berdegup pantas dengan hanya membayangkan kebahagiaannya saat Myria menjadi mainannya nanti. Aydin memandang tangannya. Menggigil.

Lelaki itu senyum. Tangannya yang menggeletar itu dilekapkan ke muka. Perlahan-lahan, senyuman di bibirnya berubah lebar. Senyuman yang sama saat Ersha kali terakhir melihat Arvin.

"Myria... Myria..."

Malam itu, fikiran Aydin hanya melayang pada gadis genit itu. Kepalanya penuh dengan Myria seorang dan tiada yang lain.

••••

Empat belas hari kemudian...

PINTU wad dibuka. Kaki berkasut hitam itu melangkah tenang ke arah seorang pesakit yang masih terlantar lesu di katil hospital.

𝐈 • 𝐂𝐀𝐌𝐎𝐔𝐅𝐋𝐀𝐆𝐄 Where stories live. Discover now