C • 16

108 22 16
                                    

SUDAH enam bulan berlalu sejak audio dalam alat MP3 itu didengarinya buat pertama kali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUDAH enam bulan berlalu sejak audio dalam alat MP3 itu didengarinya buat pertama kali. Kini, Myria berada di Britta. Dia ingat lagi lelaki misteri itu memberitahunya bahawa lelaki itu akan berpindah ke negeri yang dimaksudkan.

Tapi di daerah mana? Kawasan apa? Dia sendiri tidak tahu. Dia hanya terus mencari dan mencari. Audio yang berdurasi tidak sampai 30 saat itu berjaya buat Myria jadi gila dengan menjejaki sendiri keberadaan seorang lelaki yang dia tahu bahaya.

Myria sekarang berada di bilik hotel. Dah dua bulan dia merantau di Britta semata-mata ingin berjumpa semula dengan lelaki yang tidak dikenalinya.

Walaupun sebahagian hatinya mengatakan ini hanyalah perangkap dan taktik lelaki itu, Myria tidak peduli. Dia yakin, lelaki itu boleh menjawab segala persoalannya berkaitan peristiwa 12 tahun lalu.

Atau mungkin juga lelaki itu sendiri ada pertalian dengan kejadian itu?

Myria mengetap bibir. Jantungnya tidak semena-mena berdegup kencang. Isi perutnya terasa berkocak hebat. Dia takut. Tapi dia mahu tahu kebenarannya.

Myria pegang dada dan perutnya. Dia mengerekot di katil hotel bersaiz bujang itu. Hatinya tak tenang selagi lelaki misteri itu tidak dijumpainya. Lenanya tidakkan pernah datang selagi kebenaran 12 tahun lalu tidak dirungkaikannya.

"Aku tak boleh tidur," omel Myria, terkebil-kebil dengan kegusaran yang menghimpit dada. Sejak enam bulan lalu, semuanya terasa serba tidak kena. Segalanya terasa salah sehingga dia tidak faham dengan diri sendiri.

Myria pantas bangun dari perbaringan. Matanya masih segar. Dia tak mampu lena lagi untuk hari ini.

Gadis itu menghela nafas panjang. Dia mencapai tag nama di atas meja sisi katil lalu menyarung selendang ke kepala. Setelah itu, tubuh terus sahaja Myria menghilang di balik pintu hotel walaupun waktu sudah menjengah ke pukul empat pagi.

 Setelah itu, tubuh terus sahaja Myria menghilang di balik pintu hotel walaupun waktu sudah menjengah ke pukul empat pagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KAKINYA melangkah setapak demi setapak tanpa destinasi. Myria hanya membiarkan kakinya membawa dirinya ke mana sahaja. Matanya pula meliar memandang sekeliling bandar utama di negeri Britta itu.

𝐈 • 𝐂𝐀𝐌𝐎𝐔𝐅𝐋𝐀𝐆𝐄 Where stories live. Discover now