C • 18

171 27 60
                                    

Tiga hari kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tiga hari kemudian...

ARVIN mengepal penumbuk. Erat dia menggenggam jemarinya sendiri sehingga kulit tapak tangannya pedih dicucuk kukunya yang tajam. Giginya berlanggar sesama sendiri, menghasilkan bunyi yang menyilukan gegendang telinga.

"F**k you, Aydin!" sumpah Arvin lalu menumbuk meja. Sedaya upaya, suaranya ditahan agar tidak didengari sesiapa. Urat-urat di mukanya timbul, kemarahannya sudah tiba ke puncaknya. Nafas yang dihembusnya terasa panas membakar rongga hidungnya.

Arvin meraup rambutnya yang semakin ditumbuhi helaian uban. Hanya kerana marah, rambutnya cepat saja kuyup dengan peluh sendiri. Kerana itu dia benci mengamuk sebegini. Menyerah dengan perasaan sendiri buat separuh tenaganya hilang.

Dada bidang Arvin yang ganas berombak mula beransur perlahan. Dia menghembus nafas kasar sebelum Arvin mencapai telefon pintarnya di atas meja.

Dia ingin mendail nombor Aydin tetapi niatnya terbatal. Tiada gunanya berbincang dengan anaknya itu. Lelaki itu sudah terlalu berani untuk melanggar arahan yang diberi malah tidak menghiraukan langsung amarannya.

Berkali-kali sudah dia tegaskan jangan terlibat dengan gadis seperti Myria. Berulang kali sudah tegahan itu keluar dari dua ulas bibirnya. Gadis yang nampaknya lemah sebenarnya punya senjata paling kuat untuk hancurkan Aydin dari dalam.

Dia pernah merasakan semua itu. Dia terlalu kenal dengan perasaan itu. Arvin malah hampir tewas dengan perasaan pelik yang menyesakkan hidupnya. Namun, sebelum sempat dia tersungkur menyerah, ayahnya Dezlan sempat menariknya kembali.

Meskipun dia sudah kembali seperti dirinya sebelum ini, perasaan yang asing itu terlalu kuat sehingga mampu meninggalkan kesan dalam emosi dan fikirannya. Dia tidak mahu perkara sama berulang kepada Aydin. Lelaki itu perlu menjadi seorang sempurna untuk meneruskan legasinya. Dia tidak mahu ada halangan yang akan mengkucar-kacirkan segalanya.

Dia tidak akan benarkan perasaan kemanusiaan suatu masa dulu yang hampir meresap dalam dirinya menjadikan Aydin mangsa seterusnya.

Penerus legasinya perlu menjadi seorang manusia yang membuang segala sifat kemanusiaannya. Kerana manusia lemah saja yang sering mengagungkan sifat kemanusiaan itu. Sehinggakan apabila mereka tersedar, semuanya sudah terlambat untuk dipertahankan.

"Before he goes deeper..." Jeda Arvin sebelum jarinya laju sahaja mendail nombor seseorang. Dalam diam, dia sudah dapat mengagak agenda Aydin untuk berjumpa kembali dengan gadis itu. Disebabkan itu, Arvin senyap-senyap telah merangka plan B sekiranya perkara ini terjadi.

Setelah beberapa saat menunggu, panggilannya berjawab. Tanpa salam mahupun ucapan pembuka kata, Arvin terus bersuara,

"Eder Heroz, start the exilation now." Suara Arvin kedengaran tegas dan keras.

Eder terdiam beberapa ketika sebelum dia akur.

"Yes, sir. The Deputy Chief Of Aruna Armed Forces, Eder Heroz carried out the trust."

𝐈 • 𝐂𝐀𝐌𝐎𝐔𝐅𝐋𝐀𝐆𝐄 Where stories live. Discover now