C • 13

111 22 11
                                    

MYRIA terjaga dari lenanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MYRIA terjaga dari lenanya. Kelopak matanya terbuka luas. Dadanya berombak laju. Ubun-ubun rambut Myria basah dengan peluh. Gadis itu bangun dari perbaringan, mengambil posisi duduk.

Myria mengesat pipinya yang basah tanpa dia sedari. Dia menangis lagi malam ini. Myria menghela nafas berat.

Mimpi itu.

Mimpi itu tak pernah meninggalkannya walau seketika. Semuanya terus diulang tayang di kepalanya. Tanpa belas, memori itu menyeksa mental dan fizikalnya.

Myria penat. Tapi dia perlu hidup biarpun terpaksa menanggung beban perasaan dan kenangan yang memeritkan.

Gadis itu menjeling jam digital di meja sebelah katil. Tepat pukul lima pagi.

"Aku hidup lagi untuk hari ni," ujar Myria sambil tersenyum pahit.

Dia termenung seketika memandang siling rumah sebelum gadis itu bergerak menuju ke bilik mandi. Dia ingin membersihkan diri
sementara menunggu waktu Subuh masuk.

"KAK Myria," tegur rakan serumahnya, Bellamy sewaktu mereka di meja makan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KAK Myria," tegur rakan serumahnya, Bellamy sewaktu mereka di meja makan.

Myria hanya mengangkat kening sebagai balasan. Bellamy merupakan rakan sewanya yang muda lima tahun daripadanya. Gadis itu merupakan pelajar universiti tahun ketiga dalam bidang farmaseutikal.

"Saya ada nampak MP3 dekat atas meja bilik akak tadi. Nak pinjam? Boleh?" pinta Bellamy sambil mencantumkan kedua-dua tangannya. Dia memandang Myria, berharap.

Myria tersentak. Wajahnya berubah pucat. Nasi yang ditelannya tiba-tiba tersekat di kerongkong. Myria terbatuk-batuk. Melihatkan itu, Bellamy pantas memberikan segelas air teh kepada Myria seraya mengusap-usap lembut belakang Myria.

"Nak... nak buat apa?"

"Err... saya nak guna buat belajar." Bellamy terkebil-kebil apabila nada suara Myria kedengaran tegas. Gadis berusia 28 tahun itu jarang melenting dan pendiam orangnya. Meskipun Myria tak selalu tersenyum, tetapi gadis itu jenis lemah lembut dengan orang lain.

"Akak nak buang MP3 tu nanti," beritahu Myria, merenung cawan berisi air teh yang dihulurkan kepadanya tadi. Biasan wajahnya yang jelas ketakutan terlihat di permukaan air berwarna perang keemasan itu.

𝐈 • 𝐂𝐀𝐌𝐎𝐔𝐅𝐋𝐀𝐆𝐄 Where stories live. Discover now