C • 19

124 21 26
                                    

▄▄▄▄▄𝗰𝗮𝗺𝗼𝘂𝗳𝗹𝗮𝗴𝗲19▄▄▄▄▄

EDER menapak tenang ke arah kerusi di sudut bilik hotel. Myria hanya memerhati tingkah lelaki berpakaian seragam Patrol itu duduk di kerusi. Eder menyilangkan kakinya dan bersama senyum sinis, dia merenung Myria yang masih kaku.

"Cik Myria nak terus duduk di situ atau... awak perlukan bantuan saya untuk tolong awak bangun?" duga Eder. Tangannya yang bersarung tangan kulit itu mengusap dagu sendiri.

Myria diam seketika. Bukan dia tidak mahu berdiri, tetapi kakinya jadi kebas untuk bangun. Separuh dayanya hampir hilang dengan kegilaan yang hampir terjadi.

"Nak saya tolong?" Kening Eder terjungkit, bertanya sekali lagi setelah hampir sepuluh saat gadis itu masih tidak berganjak.

"Tak... perlu," balas Myria, perlahan. Suaranya serak dan halus. Myria menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembusnya kembali. Dia cuba tenangkan diri walaupun degupan jantungnya sudah jauh dari ritma asal. Terlalu laju!

Myria perlahan-lahan bangun. Dia berpaut pada dinding hotel itu untuk menyokong kakinya yang terasa seperti agar-agar. Dengan langkah lesu, Myria menuju ke katil. Dia duduk di hujung katil.

"Hmm... I don't want to say this. Tapi saya rasa tuan akan marah kalau saya tak tegur perkara ni kepada Cik Myria." Eder menyandarkan tubuhnya ke kepala kerusi.

"Ap... apa?" Teragak-agak, Myria menyoal.

"Rambut," ujar Eder, merenung tepat ke wajah Myria. Gadis itu nampak keliru untuk sesaat sebelum pantas saja tangan itu terkapai-kapai mencapai selimut di katil dan membalut seluruh tubuhnya.

Myria mengetap bibir. Dadanya kembali panas dengan perasaan marah.

Semuanya salah dia! Kalau dia tak ugut aku, mesti aku sempat pakai tudung! Dalam hati, Myria menyalahkan Patrol itu. Datang tidak diundang. Pula itu, di masa yang salah!

"Jangan salahkan saya. Kebetulan ada budak lalu di koridor tu. Kalau tak, saya takkan ugut Cik Myria macam tu," tingkah Eder, mengangkat kedua-dua belah tangannya seraya menjungkit bahu. Kemudian, bibir itu melukis senyuman lebar.

Apabila melihat Myria hanya membisu, Eder menyambung bicara, "Sebenarnya, saya datang jumpa awak untuk beritahu sesuatu."

Myria hanya diam. Badannya masih menggeletar. Dia mengeratkan cengkaman di gebar yang menyelimuti tubuhnya. Jauh di sudut hati, firasatnya berkata...

Kedatangan Patrol itu bukanlah sesuatu yang baik. Berita yang dibawa lelaki kejam di hadapannya ini bukan berita gembira untuknya. Mungkin juga nyawanya kini menjadi taruhan dengan datangnya khabar daripada Eder.

Tetapi apa? Apakah yang ingin diberitahu itu?

Myria tidak tahu. Pengetahuannya sebagai manusia terhad. Meskipun dia dikurniakan dengan naluri yang tajam, tetapi itu tidak bermakna dia akan selalu terlepas dari bahaya. Dia manusia, bukannya Tuhan.

"Ada dari orang tertinggi Aruna nak awak mati sekarang ni."

Myria memejam mata. Setitik air matanya luruh. Dia sudah dapat mengagak. Nyawanya dalam bahaya. Apalah dosanya dengan manusia itu sehinggakan dia perlu dibunuh? Apalah impak yang dibawanya kepada manusia itu sehinggakan kematiannya yang manusia itu dambakan?

"Tapi, tuan tak nak awak mati."

Dahi Myria berkerut. Dia memandang Eder di kerusi dengan pandangan keliru. Baru dia perasan, sudah dua kali Patrol itu menyebut tuan di hadapannya. Siapa tuan yang lelaki itu maksudkan sebenarnya?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 23, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐈 • 𝐂𝐀𝐌𝐎𝐔𝐅𝐋𝐀𝐆𝐄 Where stories live. Discover now