C • 14

119 25 10
                                    

Ting!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ting!

Dentingan notifikasi yang masuk dalam telefon pintar keluaran Aruna itu menarik perhatian Aydin yang sedang membaca.

Tangannya pantas saja mencapai gajet itu lalu skrin yang bercahaya itu ditatap. Sejurus itu, bibirnya mengukir senyuman lebar. Tawa kepuasannya meletus.

Audio has been accessed.

"Myria, terima kasih buka MP3 tu. Saya tahu awak akan dengar. So now, find me," bisik Aydin bersama sisa tawanya. Dia benar-benar teruja apabila mendapat tahu Myria sudah pun membuka audio di MP3 itu.

Seminggu juga dia menunggu notifikasi itu muncul di skrin telefonnya. Dia ternanti-nanti saat Myria mendengar isi alat merah itu. Sekiranya ikutkan kesabarannya, dah lama dia sakit hati. Tapi kerana gadis yang dia tunggu itu Myria, Aydin cuba bersabar.

Aydin yakin, dia akan bersua juga dengan gadis itu. Biar masa yang menentukannya.

Dan apabila gadis itu berada di hadapannya, dia bersumpah... gadis itu takkan pernah dia lepaskan dari cengkamannya. Walaupun dia tahu suatu hari Myria akan melarikan diri daripadanya, tetapi Aydin akan pastikan gadis itu setia di sisi.

Kerana apa? Kerana dia terlalu dahagakan keseronokan itu.

The smell of cocaine was enough to make him went insane.

Butang 'start' yang ditekan dimulai dengan nama Sang Pencipta yang Maha Penyayang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Butang 'start' yang ditekan dimulai dengan nama Sang Pencipta yang Maha Penyayang. Hembusan nafas panjangnya kedengaran. Mata dibiarkan terpejam, ingin bertanya kembali kepada diri dengan keputusan yang diambilnya.

Namun si gadis sudah pun membulatkan tekadnya. Walaupun suara-suara yang menghalang masih kedengaran samar-samar, Myria tidak mengendahkannya.

Audio itu pun dibuka. Permulaan isi alat kecil itu hanyalah deru nafas lembut seseorang.

Beberapa saat kemudian, satu suara garau kedengaran. Suara kasar itu bernada tenang dan penuh kelembutan. Seakan-akan sedang meluahkan perasaan kepada yang tercinta.

Myria terkesima. Baru beberapa detik audio itu berjalan, jantungnya sudah pun terasa seperti ingin tersentap keluar dari rangkanya. Matanya membuntang dengan rasa terkejut. Seluruh badannya tak semena-mena menggigil hebat.

𝐈 • 𝐂𝐀𝐌𝐎𝐔𝐅𝐋𝐀𝐆𝐄 Where stories live. Discover now