C • 17

113 18 66
                                    

KELOPAK mata Myria perlahan-lahan terbuka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KELOPAK mata Myria perlahan-lahan terbuka. Tangannya menggosok-gosok anak matanya yang terasa pedih. Saat itu, dia perasan matanya sembap. Pipinya juga basah. Adakah dia menangis tanpa henti semalam?

Tapi kenapa? Mungkin kerana mimpi ngeri yang menghantui? Hatinya tertanya-tanya, kehairanan. Myria sedang mamai, dia masih belum ingat apa yang terjadi semalam.

Namun, saat otaknya kembali bekerja, Myria tersentak. Dia terus bangun dari perbaringan dan memandang sekeliling. Bilik itu kelam dan hanya diterangi lampu jalan di luar yang menerobos masuk melalui celahan tirai tingkap.

Myria meraba-raba katilnya. Dadanya sudah berdebar hebat, bimbang kalau-kalau dia bukan di bilik sendiri. Macam mana kalau wanita itu membawanya ke tempat bukan-bukan?

Namun saat merasakan katil itu sama seperti katil hotelnya, Myria menghela nafas lega. Matanya mula teradaptasi dengan suasana gelap yang menyelubungi. Dia dapat melihat susun atur bilik itu.

Myria tersenyum lega. Dia kini benar-benar pasti dia berada di bilik hotelnya sendiri. Baru sahaja dia mahu turun dari katil, tak semena-mena ada tangan yang mengangkap lengannya.

Myria terjerit kuat. Spontan, dia menjauhkan diri dari tangan yang tiba-tiba mencengkamnya. Myria merapatkan tubuhnya di dinding bilik. Matanya terkejip-kejip, ingin melihat lembaga yang memegangnya.

"Myria..." Suara garau itu tiba-tiba memanggil. Suaranya kedengaran serak dan perlahan, seolah-olah baru bangun tidur. Figura manusia itu lantas membuka lampu kecil di sisi katil.

Aydin yang baru terjaga daripada tidur, terpisat-pisat. Dia menguap panjang sebelum bibirnya tersenyum manis kepada Myria yang sudah berubah pucat wajahnya.

"Good morning, Myria. Dah pukul berapa?" Selamba lelaki itu bertanya seperti tiada apa-apa. Bukan dia tidak faham air muka gadis itu yang sudah ketakutan melihatnya.

Aydin menggeliat seketika. Dia melihat jam di meja sisi apabila Myria masih terkaku di tempatnya. Pukul 6.30 pagi.

"Bestnya tidur sini. Awak pun baru bangunkan?" Aydin sekali lagi mencuba membuka perbualan. Dia turun dari katil, ingin mendekati Myria yang masih melekat di dinding. Raut itu jelas kelihatan keliru dan terperanjat.

Namun, saat hujung jari Aydin ingin menyentuh kulit pipi Myria, gadis itu mengelak. Myria merenung tajam Aydin di hadapannya.

"Apa awak buat dekat saya?" Suara itu separa menjerit. Sekejap saja, riak keliru yang terpamer di wajah Myria berubah garang. Mungkin kerana gadis itu terperasankan tubuh Aydin yang tidak dilapisi sebarang baju.

"Saya tak buat apa pun. Baju dan tudung awak masih lagi di badan awak. Cuma dah senget sikit," usik Aydin. Tangannya membetulkan tudung Myria yang sudah rosak bentuknya.

Myria pantas memandang diri sendiri. Benar, pakaiannya sewaktu dia keluar masih sama. Malah, tudung itu juga masih tersarung di kepalanya.

Myria terkedu. Dia terus hilang kata nak membalas apa. Raut kelirunya kembali. Sedang memproses apa yang sedang terjadi. Otaknya yang baru beberapa saat tadi terlena kemudian dikejutkan pula dengan lelaki entah siapa-siapa buat kepalanya berserabut.

𝐈 • 𝐂𝐀𝐌𝐎𝐔𝐅𝐋𝐀𝐆𝐄 Where stories live. Discover now