C • 03

195 42 64
                                    

RESTORAN baru yang terletak di hujung bangunan itu dikenali sebagai Epicure

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

RESTORAN baru yang terletak di hujung bangunan itu dikenali sebagai Epicure. Memperkenalkan pelbagai jenis makanan dari seluruh dunia, restoran itu tak perlukan masa yang lama untuk menjadi popular di kalangan penduduk tempatan.

Memandangkan negara Aruna mempunyai variasi makanan yang sedikit, jadi makanan-makanan pelik dan sedap yang dihidangkan di Epicure menjadi tarikan ramai.

Aydin yang berjalan beriringan dengan Sarah bersuara dalam kekaguman melihatkan barisan panjang di hadapan restoran itu.

"Ramainya orang," gumam Aydin, terkejut melihat kerumunan manusia di situ. Keningnya bertaut sedikit. Kalau dah ramai macam ni, bilanya mereka nak makan?

"Sarah, awak tahukan lunch hour kita tak banyak?" Senyuman dihadiahkan buat gadis genit bertudung di sebelahnya. Pipi Sarah yang putih itu tampak merah-merah kerana terkena pancaran terik mentari.

"Ala, awak jangan risau. Tada!" Dua keping kupon berwarna hitam berukiran emas dikeluarkan dari tas tangan berjenama Modish, beg tangan keluaran negara Aruna sendiri.

"Saya dah bersiap sedia awal-awal untuk ni! Saya menang giveaway Epicure dan dapat dua kupon percuma! Kita akan dilayan macam VVIP!" Becok mulut kecil itu bercerita, teruja. Sangkanya, pasti Aydin kagum dengan dia.

Dan... sangkaannya tepat.

"Baguslah awak, Sarah. Tak sia-sia saya ajak awak teman. Tapi tak apa ke habiskan kupon tu untuk saya?" soal Aydin bersama senyum hambar. Tangannya menggaru-garu kening, menampakkan riak serba salahnya.

Dalam diam, Sarah sudah berbunga-bunga seorang. Kepalanya pantas menggeleng.

"Mana ada! Saya memang ikhlas nak bagi dekat awak. Ala, sebagai tanda kawan?"

Aydin melemparkan segaris senyum. "Thanks, Sarah. Awak layan saya baik sangat. Tapi awak jangan terlalu baik, nanti kepala awak kena pijak tahu?" pesan Aydin dengan kening sebelahnya sengaja diangkat.

Sarah pegang dada. Jantungnya dah berdegup bagai nak gila melihat reaksi Aydin. Hensemnya, cair aku! Sarah sudah menggeletis seorang.

"Tak adalah. Awak baik. Saya tahu!" Sarah berusaha meyakinkan Aydin tentang kepercayaan yang tidak berbelah bahaginya kepada lelaki itu.

Aydin hanya tersengih-sengih. Reaksinya sengaja dibuat agar kelihatan terhutang budi dengan Sarah. Sedangkan dia sebenarnya sedang menahan rasa menyampahnya dalam diam.

Sebab aku ada rupa, ada peribadi baik, kau percayakan aku. Tapi kalau kau tahu siapa aku yang sebenar, silap-silap, bunuh aku pun kau takkan teragak-agak langsung. Aydin menggerutu dalam hati.

Wajah polos Sarah sengaja ditenung Aydin lama-lama. Bibirnya tanpa sedar mengukir senyum senget. Kalau Sarah mahu terus hanyut dalam alam mimpinya, Aydin akan terus menjadi orang yang akan mendodoikan Sarah dengan nyanyian tidurnya.

𝐈 • 𝐂𝐀𝐌𝐎𝐔𝐅𝐋𝐀𝐆𝐄 Where stories live. Discover now