C • 12

170 25 17
                                    

Seminggu kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seminggu kemudian...

ALAT kecil berwarna merah itu diletak di atas meja kayu di biliknya. Sudah seminggu berlalu, namun Myria masih tidak punya keberanian untuk mendengar isi MP3 yang diberikan oleh lelaki misteri itu.

Dia takut. Zaman sekarang, teknologi sudahpun menjangkau akal manusia, terlalu hebat dan canggih. Mungkin, jika dia mainkan alat itu, sesuatu yang buruk akan terjadi kepadanya.

Dia tidak tahu apa yang akan jadi. Kerana itu, Myria rasa gerun. Lelaki misteri itu sudah menyelamatkannya, ya dia tahu itu. Dan Myria tidak menafikannya.

Tapi untuk apa? Di atas nama perikemanusiaan? Tidak, Myria yakin ia lebih dari itu. Cara lelaki misteri itu melayaninya, berbicara dengannya... Myria dapat merasakan ada sesuatu tak kena.

Dia tak dapat merasai kebaikan mahupun keikhlasan lelaki misteri itu. Apa yang dia rasakan hanyalah...

Trauma. Fobia.

Setiap kali dia teringatkan lelaki entah siapa-siapa itu, bulu romanya akan mula meremang. Tangannya menggeletar dan badannya bermandi peluh. Nalurinya kuat memberitahu, dia perlu sedaya upaya mengelak dan menjauhi lelaki itu.

Lelaki itu benar-benar mengingatkan dia tentang Patrol, pegawai kerajaan kejam yang mencabut nyawa rakyat Aruna dengan alasan untuk kesejahteraan negara.

"Jadi, aku nak buat apa dengan benda tu?" Myria tertanya-tanya, merenung ke arah alat merah itu. Takkan mahu disimpan selamanya? Dia tak cukup berani untuk itu.

Buang? Mungkin itu saja pilihan yang dia ada. Silap dia, menerima hadiah dari orang tak dikenali. Mungkin gadis lain sudah terkinja-kinja kesukaan, mendapat hadiah dari seorang lelaki misteri yang baik dengan mereka, tapi tidak untuk Myria.

Bukan untuk dia, seorang gadis yang pernah hidup di bawah jagaan seorang Patrol, dan gadis yang sedang berpijak di atas bumi negara Aruna.

Esok, MP3 itu akan dibuangnya ke dalam tong sampah depan rumah. Cukuplah seminggu hadiah lelaki itu ada di tangannya.

Myria kemudian bergerak ke laci mejanya. Sekeping kad yang sudah lusuh dicapainya. Kad yang dilipat dua itu dibuka.

Saat sepasang matanya menangkap raut ceria si ibu dalam lipatan kad itu, bibir Myria turut melukis senyuman ceria. Hanya gambar itu yang dia ada untuk mengingati arwah ibunya yang pergi sejak usia Myria 16 tahun.

Sejak ibu dan ayahnya meninggal dunia 12 tahun lalu, Myria tidak ditinggalkan apa-apa untuk disimpan sebagai kenangan. Tidak rumah, tidak juga sebarang bentuk cincin atau rantai kepunyaan Cayla. Hanya kepingan kad hari jadi ini yang sempat dia selamatkan sebelum semuanya hancur.

"Ibu, Myria hidup lagi untuk hari ni." Ringkas ucapan Myria sambil tersenyum penuh syukur.

Hidup di negara Aruna, tak ubah seperti hidup dalam pelarian. Kehidupan mereka mewah dan gah, tapi nyawa mereka sering diburu oleh Patrol. Mereka tak bebas. Dapat menghirup nafas segar untuk menjalani hari esok, merupakan nikmat terbesar untuk mereka.

𝐈 • 𝐂𝐀𝐌𝐎𝐔𝐅𝐋𝐀𝐆𝐄 Where stories live. Discover now