C • 02

219 51 21
                                    

BELUM pun masuk pukul satu tengah hari, Sarah sudah terpacak di hadapan meja kerja Aydin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BELUM pun masuk pukul satu tengah hari, Sarah sudah terpacak di hadapan meja kerja Aydin. Bibir merahnya tak lekang dengan senyuman. Riak mukanya jelas tergambar keterujaan yang tiada tara. Dia memang dah tak mampu nak sembunyikan senyumnya walaupun seketika.

Aydin yang perasan akan si gadis manis itu hanya buat-buat tak nampak. Matanya lebih fokus merenung ke skrin komputer di hadapannya. Kerja yang perlu disiapkannya bukan sedikit.

Meskipun baru seminggu di syarikat gah ini, namun dia telah menempah nama sebagai pekerja cemerlang di tempat-tempat kerjanya sebelum ini.

Reputasi itu dibawa hinggalah dia tiba di tempat kerja terbaharunya, Lawrence Cooperation. Maka, tidak hairanlah jika majikannya di sini awal-awal lagi sudah mengharapkan yang terbaik daripadanya.

Tatkala jarum jam menunjukkan tepat pukul satu, suara lunak merdu Sarah kedengaran menegur Aydin. Dari tadi, dia hanya merenung jejaka idamannya khusyuk membuat kerja. Mata hitam pekat yang terhala terus ke skrin komputer itu kini teralih ke arah Sarah.

Saat itu, Sarah terasa jantungnya bagai direntap seketika. Jantungnya serasa berhenti untuk sesaat. Tuhan, dia benar-benar telah jatuh cinta dengan lelaki itu. Tak pernah dia rasa sebegini angau kepada seorang lelaki. Aura Aydin sudah menjerat jiwa dan raganya.

"Oh, Sarah. Tak perasan pula awak dekat situ," ujar Aydin dengan senyuman bersalah. Jarinya menggaru-garu kening sambil tersengih malu.

Sarah menggeleng-geleng laju. "Eh, tak apa. Jomlah, dah pukul satu. Saya tak sabar nak bawa awak pergi restoran baru tu."

Aydin hanya mengangguk kecil. Tangan kekarnya menyusun setiap helaian kertas dan juga fail di meja sebelum tag nama yang tergantung di tepi kerusi digapai. Tag nama itu disangkut kemas ke lehernya.

"Jom." Setelah telefon bimbit dimasukkan dalam poket seluar, Aydin terus saja mengajak Sarah untuk berjalan beriringan dengannya. Sarah yang langsung tidak melepaskan peluang, terkedek-kedek ingin berjalan di sebelah Aydin.

Saat itu, mata Aydin terpandangkan dada Sarah yang kosong. Aydin menghentikan langkahnya. Sarah yang perasan turut membantutkan gerak kakinya. Keningnya berkerut.

"Kenapa, Aydin?" soal Sarah, gugup pula apabila Aydin tiba-tiba saja berkelakuan pelik. Lelaki itu merenung tepat ke dada tudung ungu mudanya.

"Tag nama?" Aydin mengukir senyum kecil. Pandangannya terkalih ke anak mata hazel milik Sarah.

Sarah mengeluh kelegaan. Dia ingatkan Aydin hendak cakap apa dengan dia tadi. Tag nama rupanya.

"Ala... malaslah. Tak apa. Tu restoran baru, Patrol takkan datang nak buat rondaan pun." Sarah tergelak lalu mencebik kecil.

"Kalau mereka datang? Dan awak tertangkap? Awak mati tahu?" Suara Aydin berubah. Berubah prihatin. Namun pastinya prihatin itu sengaja dibuat-buat. Kisah apa dia jikalau Sara itu mati kena tetak pun. Tak merubah apa-apa langsung dalam kehidupannya.

𝐈 • 𝐂𝐀𝐌𝐎𝐔𝐅𝐋𝐀𝐆𝐄 Where stories live. Discover now