C • 01

284 55 19
                                    

TANGAN Aydin tangkas membutangkan baju kemeja putihnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TANGAN Aydin tangkas membutangkan baju kemeja putihnya. Tubuh tingginya berdiri tegak di hadapan sebuah cermin berukuran panjang. Tag nama bertali yang tergantung di dinding kayu almari digapai lalu disarung penuh cermat.

Aydin memandang kosong pantulan dirinya sendiri di cermin. Anak matanya galak merenung dalam-dalam lelaki dalam pantulan cermin itu sebelum suaranya kedengaran berbisik halus,

"You're a devil, with fake angel wings."

Aydin perlahan-lahan menarik senyum manis. Selesai rutin hariannya untuk pagi itu. Sejak berumur tujuh tahun lagi, dia sudah dilatih oleh papanya, Arvin untuk mengulang-ulang ayat itu setiap pagi tanpa gagal.

Dan setiap kali bergerak ke sekolah, kolej mahupun di luar biliknya, Aydin akan memastikan senyuman yang terukir di bibirnya penuh rasa dan cukup perisa. Biar mereka yang lihat, akan jatuh suka. Biar mereka yang memandang, tak akan dapat menjangka...

bahawa dialah musuh yang dibenci semua.

Aydin mencapai beg kerjanya lalu tombol pintu dipulas. Pintu kayu itu terkuak lebar.

Lelaki berusia 32 tahun itu melangkah penuh berkarisma bersama topeng halimunan yang tiada siapa mampu lihat. Topeng yang telah lama disarung tanpa pernah dibuka kepada sesiapa pun.

"Aydin!" tegur seseorang dari arah belakang. Pantas Aydin menoleh bersama sebuah senyum mesra.

Senyumannya dibalas lembut oleh Arvin. Mereka berpelukan seketika sebelum masing-masing berjalan ke dapur sambil tergelak mesra.

"Jadi, macam mana tempat baru? Okey?" soal Arvin, lalu menjungkitkan sebelah keningnya yang sudah ditumbuhi uban. Meskipun begitu, rupa yang ada pada Arvin dan juga susuk tegapnya itu masih lagi mampu membuat janda mahupun gadis di luar sana tergila-gila.

Kata orang, Arvin Dylan ini seorang duda terhangat di pasaran dan boleh dikatakan saingan hebat Aydin.

Aydin ketawa halus. "Okey je, papa. Apa? Papa ingat Aydin kena buli ke kat tempat kerja? Sayang juga papa dekat kita ya. Saya dah besarlah, pa," usik Aydin. Dia tak dapat menahan ledak tawanya daripada meletus.

"Amboi, bukan main lagi mengenakan papanya. Mari makan!" celah Mak Leha lalu dua pinggan nasi goreng dihidangkan kepada dua beranak yang sentiasa ceria itu.

Memang tidak pernah walau sekali Mak Leha melihat mereka berdua bergaduh mulut sejak bekerja di rumah banglo ini lima tahun lepas. Keadaan di rumah ini sangat harmoni meskipun kekurangan kasih seorang ibu.

"Tulah, Mak Leha. Cepat sangat perasan budak Aydin ni. Dahagakan sangat kasih sayang. Yalah, umur dah sesuai sangat nak jadi ayahkan?" seloroh Arvin lalu ketawa terbahak-bahak. Seronok barangkali dapat mengenakan satu-satunya anaknya.

Mak Leha hanya tergeleng-geleng kepala apabila Aydin sudah menayang wajah cemberut.

"Sudah, sudah. Makan cepat. Tahu bos, tapi masih tak boleh datang lambat juga," pesan Mak Leha. Tangan tuanya ligat menuang air kopi pekat di dalam cawan dua beranak itu.

𝐈 • 𝐂𝐀𝐌𝐎𝐔𝐅𝐋𝐀𝐆𝐄 Where stories live. Discover now