CODE-23-

166 30 4
                                    

EUNHO’S POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

EUNHO’S POV

Terkejut tengok aku? ”

Mata aku berkelip berjuta kali.Tak percaya dengan apa yang aku nampak.Kalau dia datang nak selamatkan aku,kenapa muka dia sinis semacam? Tak kan lah.
Muka Taeyong dan dia aku pandang silih ganti.Taeyong hanya tayang muka kosong sambil sesekali berbicara dengan Kun.

“H-Hyunjin?A-apa kau buat kat sini?”

Ya dia.Jungwoo di sebelah aku pandang. Dia hanya berikan senyuman nipis ikhlas tak ikhlas.
Apa yang tengah jadi ni? Aku serius tak faham.

“Aku cuma nak tengok kawan baik aku ni hidup lagi ke tak”

Jap,ni bukan Hyunjin yang aku kenal. Kenapa dia berubah sampai macam ni? Dia tersenyum sinis memandang aku sambil melabuhkan punggung di kerusi kosong betul-betul berhadapan dengan aku.

“Kau bersubahat dengan sepupu set-?”

“Oh Kim Eunho sebut nama aku ke tu

Belum habis aku bercakap,satu suara mencelah dengan bunyi pintu ditutup dengan kuat.Lantas mata aku memandang gerangan yang baru tiba.

Minhyun. Tapi mata aku lebih terbeliak apabila aku terlihat seseorang yang aku tersangat kenal di belakang dia.Bertubuh pendek dan bermuka lembut.

“W-woi apa ni? Felix,kau pun bersubahat dengan diorang”

Weh tak kan la.Muka Felix yang aku ingat dulu yang penuh dengan senyuman comel,kini hilang.Mahu saja aku berdiri tapi teringat akan kaki aku yang berbalut,aku lupakan.
Aku pandang yang lain tak percaya,diorang cuma buat tak nampak. Ada yang tengah main phone. Ada yang tengah berbisik sesama sendiri.Apa benda diorang ni!

“Ops bukan subahat ok. Cuma aku tolong diorang.Diorang bagi ganjaran banyak siot”

Tersenyum sinis mereka bertiga memandang aku.Hina sangat ke aku dekat mata diorang ni.Aku anggap diorang kawan.Tapi kawan makan kawan.

“Tapi aku- kita kan kawan baik. Sampai hati korang tikam belakang aku!”

Air mata yang bertakung,terlepas jua.Kawan yang yang aku sayang.Kawan yang aku setiap kali ada dalam susah senang diorang..

“Siapa kawan baik kau? Kau sorang je anggap kitorang macam tu”

Hyunjin menjeling aku sekilas sebelum meniup kukunya perlahan.Gigi aku ketap dengan kuat.Kejap nanti ada kot orang yang hilang kuku kang.Tersentak aku seketika apabila sedar akan tangan hangat Jungwoo yang diletakkan di atas genggaman erat tangan aku.
Terus aku memandangnya.Tapi mata Jungwoo memandang ke arah lain.

Terhembus keluar perlahan nafas dari mulut aku.

“So Lee Taeyong,kuli yang aku sangat sayang. Apa perkembangan terbaru”

That Girl•NCT•Where stories live. Discover now