CODE -11-

225 31 0
                                    

EUNHO'S POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

EUNHO'S POV

"Oi bangun!"

Terganggu dengan suara garau dan tamparan lembut di kepala,mata dibuka perlahan-lahan.Terkejut apabila sedar muka Donghyuck hanya beberapa inci dari aku.Terus kepala di angkat dari bahunya.Cap dibetulkan sebelum mata memandang sekeliling.Nampak van yang hampir kosong dan pintu van dibuka luas.

Jaehyun di sebelah pula sudah hilang dari pandangan,mungkin dah turun awal lagi.Mataku kalih semula ke arah Donghyuck yang sedang sibuk menggalas beg dibelakangnya. Tersedar dengan pandangan aku,dia perhati aku semula.

"Kau apahal? Turun la tunggu apa lagi?"

Dia sudah bangun dari tempat duduk sambil mata tak lepas memandang aku.Sekarang ni aku blank. Asal aku ada dekat sini? Mamai lagi.Melihat tiada tindak balas dari aku,tangan kiri aku dia tarik supaya aku berdiri.

Tanpa berkata apa,Donghyuck menarik aku turun dari van.Barulah nampak permandangan di luar. Sekarang masih awal pagi,aku rasa belum sampai 1 pagi lagi pun sebab tadi kami gerak dalam pukul 10.30 malam. Jalan di taman ni lengang. Perjalanan tadi,aku rasa tak la lama sangat.

Tersergam indah sebuah rumah banglo 2 tingkat yang berada paling hujung di taman ni.Lawa jugak rumah ni.Setiap rumah dekat sini berkembar dua.Nampaknya ada jiran la lepas ni.Yuhu.
Terhenti sebentar langkah aku apabila Donghyuck mematikan langkah.

"Kau jangan berangan nak cakap dengan jiran.Kalau tak,aku tak boleh jamin apa akan jadi kat kau lepas ni"

Tajam mata Donghyuck memanah mataku sambil tangan kanannya yang bebas tunjuk ke rumah sebelah. Lantas mata diuling sebelum tangan kananku menanggalkan cap di kepala.
Terhenti perilaku aku apabila sepasang tangan dari belakang menutup semula kepala ku dengan cap tu.Mata pantas memandang empunya tangan, Johnny.

"Masuk rumah baru buka"

Habis saja bercakap,dia pantas melangkah masuk ke dalam rumah. Tanpa sebarang bunyi,aku mengikut langkah Donghyuck menuju ke arah sama dengan Johnny.Masuk saja rumah nampak semua penghuni duduk di sofa yang berada di tengah-tengah ruang tamu. Donghyuck lantas melepaskan pegangan di tangan aku selepas kami berdua duduk di sofa kosong.Selepas berapa minit,semua manusia dah duduk di setiap genap sofa di ruang tamu ni.Chenle dan Jisung tak habis galak bersembang.Tau la excited tak payah la over sangat.

"Ok semua dengar ni,dalam rumah ni ada 9 bilik macam rumah lama.Setiap bilik boleh muat dua atau tiga orang so sekarang ikut korang la nak duduk dengan roommate yang lama atau tukar."

Suasananya jadi bising balik bila semua orang asyik cup partner bilik. Jeno di hujung sofa bersebelahan Taeil hanya diam perhati members nya.Tiba-tiba,mata kami bertembung. Taeyong yang perasan kami berdua terus berdehem kuat.Mematikan seketika mulut kawan-kawannya.

"Buat sementara Jeno nak sembuh semula,Jaemin dan Jeno duduk satu bilik"

Terhenti seketika ucapannya sebelum mata berhenti tepat ke arah aku.

"Dan kau,Eunho.Donghyuck akan awasi kau sementara ni"

Terdengar kata Taeyong sebentar tadi,mata aku dan Donghyuck memandang antara satu sama lain.

"Alah taknak.Nak duduk satu bilik dengan Taeil hyung"

Meleret saja ucapan Donghyuck.
Taeyong mengeluh seketika sebelum matanya tajam memandang budak lelaki yang tak dengar kata tu.

"Donghyuck,tolong dengar cakap hyung boleh tak?"

Giginya diketap kuat sambil melihat ke arah salah satu dongsaeng kesayangannya tu.

"Hmm iyalah ,iyalah"

Mulut di muncung,muka merajuk Donghyuck tunjukkan sebelum menjeling aku sekilas.Hek eleh ingat aku nak duduk sangat lah dengan dia.

“Kita tinggal sini sementara je

What!

Semua orang lantas memandang aku. Ya la dah aku yang menjerit.Serius tak faham kenapa tak boleh duduk setempat je.

“Yeah Eunho,kalau aku tau kau bercakap dengan jiran sebelah.Kau tahu apa yang aku nak buat”

........................................................................

"Apasal katil queen pulak ni? Mangkuk betul lah"

Tak habis-habis mulut membebel la budak ni.Haih naik meluat aku.Bilik baru ni nampak cantik dengan dinding berwarna sky blue dan hiasan di sudut bilik.Terkejut jugak bila nampak katil queen besar kedabak. Aku ingat katil single je.

Mampus lah kena kongsi katil dengan dia.Kaki aku terhenti di depan pintu yang tertutup sambil mata perhati gelagat makhluk sekor ni yang buat perangai beruk atas katil.

"Dah kau tidur kat lantai.Ni katil aku sorang"

Mata pantas aku beliakkan.Ha lah ha lah banyak cantik dia punya muka. Aku tidur lantai? Memang takla. Selamba Donghyuck meletakkan kepala di atas bantal dan lelapkan mata.Dapat aku dengar dengkuran halus.Mata aku ulingkan sekali.
K

aki aku langkah ke sliding door besar di tepi bilik.Eh boleh buka la.

Ting!!!

Terpancul satu idea di kepala. Senyuman sinis pantas terukir pada wajah.Mata sempat pandang ke arah Donghyuck yang sedang tidur lena. Buka saja pintu itu,angin dingin lantas menerpa pada badan.Lantas tangan membetulkan cap di atas kepala.

MISSON#2

START!

Perlahan-lahan sliding door ditutup rapat.Kaki dijengkit-jengkit pelan.
Nasib baik bilik ni ada dekat tingkat 2 je kalau tak mesti susah nak turun.
Sekarang ni aku ada berhadapan dengan rumah sebelah.Kepala perhati sekeliling.Onz line clear.Hidung ditenyeh sekali lagak berani sebelum kaki menuruni dinding berhati-hati.

Selamat kaki memijak lantai tanah, terus aku berlari perlahan ke pokok besar yang berada di betul-betul di tepi rumah.Garaj yang diletakkan kereta aku pandang,tak ada siapa pun dekat situ.Kaki mahu dilangkah ke arah itu sebelum satu suara muncul.

"Ha nak lari mana?"

That Girl•NCT•Where stories live. Discover now