CODE -9-

211 28 0
                                    

Mesti korang ingat yang tegur aku tadi tu diorang yang culik aku tu kan?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mesti korang ingat yang tegur aku tadi tu diorang yang culik aku tu kan?

Yeah korang silap.Sebenarnya tu Kim Mingyu,sepupu jauh,tua 3 tahun daripada aku.And aku ada cakap yang aku nak lari jauh dari dia kan?

Cerita dia macam ni,sebulan yang lepas,aku dan Mingyu bergaduh sebab aku terpecahkan rahsia dekat girlfriend dia.

Actually,Mingyu ni playboy so aku pun bagitahu dekat yeojachin dia.Tunggu lagi,perempuan tu mengamuk satu cafe.Pastu dia mintak putus dengan Mingyu.Terjadilah perang dunia ke-3 bila si Mingyu ni jumpa aku pastu jerkah sebab aku masuk campur hal dia.

Aku tahu la aku ni busybody tapi ni untuk kebaikan dia jugak.Yeah aku mengaku bukan 3,4 kali aku pecah tembalang dia.Banyak jugak sampai tak terbilang dek jari.And lepastu dia kata nak putuskan hubungan sepupu dengan aku.Aku pun panas habis la.

Tapi tadi aku rasa bersyukur sangat jumpa dengan dia.Dia boleh bawak aku balik,jumpa Sanha and omma.

"Dah,jom balik"

Kami berjalan semula ke arah kereta.Sekarang masih gelap sebab baru pukul 3 pagi.Dia bawak aku pergi satu restaurant 24 jam berdekataan.And aku perasan kami dah terpatah balik ke jalan yang aku lari tadi.Jem tapi aku diam ja sebab aku rasa selamat sekarang ni.Janggal gila tadi,masing-masing diam tanpa berbual sehingga habis makan.

Rasa mengantuk mula menjengah apabila kepala selamat dilentokkan di pintu kereta.Dengan aircond yang sejuk perghh lagi sejuk aku sekarang dengan pakaian yang masih basah.

"Kau tidur la dulu,nanti dah sampai aku kejut"

Dengar saja perlawaan Mingyu,mata terus terpejam rapat.Letih gila,kepala rasa berat dan rasa pening mula muncul.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Buka saja mata aku nampak dinding berwarna putih.Jap macam kenal.Badan dipusing ke posisi baring.
Drastik badan terbangun dari berbaring.Patutlah macam kenal.Ni bilik Jeno!

Kepala aku picit kuat bila rasa sakit menusuk tajam.Tak mungkin semalam aku mimpi?Langsir aku pandang,cahaya matahari mula memancar masuk.Pakaian aku pun dah bertukar kepada baju lengan panjang berwarna hitam dan sweatpants hitam.

Kaki digerak menuruni katil.Terus aku teliti kaki aku.Ada kesan melecet di hujung ibu jari.Tak bukan mimpi lagi ni.Aku pasti!
Aku nak pergi tandas beruk.Asal pintu ni terkunci dari luar?Diketuk kuat berkali-kali agar ada orang yang buka.

Tiba-tiba pintu terbuka.Kepala pantas didongak untuk melihat manusia ni. Terpancul wajah Donghyuck yang nampak jelas riak geram pada wajahnya.

"Sabar boleh tak?"

Matanya mencerlung tajam pada mata aku.Perghh ingat aku takut ke.
Dah la pernah tipu aku.Aku menjelingnya sekilas lalu bergerak melepasinya keluar dari bilik.Tapi lebih pantas dia menggenggam lenganku erat.Terhenti langkahku seketika.

"Hish lepaslah bangang"

Sedaya upaya aku menarik lenganku semula tapi cengkaman dia lebih kuat.Tangan dia aku tampar-tampar kuat tapi jugak tetap tak berhasil. Tangan besi ke apa ni?

"Nak pergi mana hah?

Dia menarik aku kuat.Aku berjaya menghadapnya.Tinggal satu jalan je lagi untuk lepaskan diri.Tangannya di lenganku,aku gigit kuat.Biar berbekas.Padan muka!

"Arghh!"

Jeritan jantan dari mulut Donghyuck berbunyi.Secara drastik,dia melepaskan lenganku.Tanpa membuang masa melihat dia yang mengibas laju tangan,aku berlari pantas ke arah tangga.
Sesekali aku pandang ke belakang sambil berlari.Jem Donghyuck tengah kejar siot.Dah la kaki panjang,laju pulak tu.

Bumm!

Aku terlanggar dengan dada bidang seseorang.Terjatuh badanku pada lantai.Mata memandang ke atas.Heh kacau la Jeno ni!Jeno hanya memandang aku sepi tanpa mahu menolong aku sedikit pun.

Pantas aku bangun,apabila melihat Donghyuck semakin dekat. Belum sempat aku melangkah.Donghyuck pantas memeluk erat aku dari belakang. Dapat aku rasa dia menarik dan menghembuskan nafas dengan kuat di belakang badan.

"Hish lepas la lepas!"

Terkapai-kapai aku melepaskan diri apabila dia mengangkat badan kecilku sambil berjalan ke bilik semula.Jeno hanya follow dari belakang.Penat dengan berlari dan bergerak tadi,aku membatukan diri.

"Eh penat?Lari macam siput,ada hati nak lepas dari aku"

Donghyuck berkata sambil smirk.Aku hanya jeling tajam.Sampai je di dalam bilik,dia campakkan aku ke atas katil.Tersembam wajah aku pada permukaan selimut.

"Jeno,kau jaga budak ni pulak"

Donghyuck berlalu keluar dari bilik tapi sempat tersenyum sinis pada aku.
Jeno hanya diamkan diri.Jap asal dia macam merajuk? Hah perasaan aku je kot.

Jeno baring di sebelah aku di atas katil.Tangan ditongkat di bawah kepala.Mata hitamnya memandang aku lama.Kening aku angkat.

"Kenapa kau lari semalam?"

Bukannya dah terserlah yang aku ni memang nak lari daripada penculik-penculik ni.
Soalan bodoh apakah ini?

"Saja"

Pendek balasan aku sambil mata memandang bajunya.Dah la pakai baju sleeveless.Pergh lauk! Jeno nampak macam perasan aku yang memerhati lengannya tapi buat tak endah.

"Macam mana aku boleh ada kat sini balik?"

Mukanya berubah tapi pantas dia kawal.Tengok dia yang tak mahu jawab soalan, kaki aku laju menuruni katil lalu menuju ke pintu dengan perlahan.

"Nak pergi mana lagi?Duduk sini dah la"

Terhenti terus langkahku yang nak capai tombol pintu.Nak keluar je pun. Haih nanti kena batu karang kot duduk tahan-tahan.

"Aku nak pergi tandas la.Kang buang kat sini,kau marah"

Badan masih menghadap pintu. Selepas beberapa saat,terdengar tapak kaki menghampiri.Melihat aku yang masih tak bergerak,dia tolak aku kehadapan sedikit lalu membuka pintu.Kaki pantas bergerak keluar tapi Jeno lebih pantas memegang lenganku.

"Eh apahal ni?!"

Lengan dikibas-kibas laju.Jeno makin eratkan pegangan.Dah kenapa semua orang suka sentuh-sentuh ni?
Jeno menunduk ke bawah memandang aku dan mengangkat kening sekali.

"Tandas kat bawah"

Aku hanya mengikut langkahnya menuruni tangga.Sampai je anak tangga terakhir,terdengar perbualan di ruang tamu.Sedikit lagi kaki ingin langkahkan kaki ke sana,pantas Jeno menarik aku semula. Mukanya aku pandang tak puas hati. Dia sambung berjalan ke tandas di dapur. Dia tolak kasar badanku ke dalam tandas.

Selepas selesai buang apa yang patut,kaki dilangkah ke luar.Kelibat Jeno hilang dari pandangan.Fuh rasa lapang gila hati ni.Peti ais aku tuju dan air sejuk aku minum dengan rakus. Mata tiba-tiba terpaku
pada tingkap dapur yang menghadap halaman belakang rumah.

What the hell!

Apa yang aku nampak ni? Mata digosok tak percaya.
Nampak Minhyun iaitu sepupu Hyunjin tengah bercakap dengan Taeyong kat luar rumah.Jaehyun dan Johnny berdiri di belakangnya.Tapi yang peliknya,kenapa dia ada dekat sini?

Jap yang paling peliknya,KENAPA DIORANG PANDANG AKU SEKARANG NI?!

That Girl•NCT•Where stories live. Discover now