EUNHO’S POV
“Kim Eunho,kau lari kau mati"
Yup,aku dah kena tangkap tadi.
Aku tak boleh percaya lagi yang aku kena culik dengan mafia.Dan geng ni ada 18 members.Ramai tak ramai. Baru Taeyong berangan-angan untuk berlalu pergi,aku halang."Wait.Aku tak habis lagi.Siapa boss korang?Dan apa dia nak daripada aku?"
Muka bertukar serious.Aku bangun tapi kaki tidak mencecah lantai.Berdiri di atas kusyen sofa menghadap manusia pink ni.Dia lah ketua geng ni.Tak sempat dia balas, bunyi pintu dibuka mencuri perhatian.Semua alihkan pandangan ke arah sama.
“Tu la aku kata buat kerja elok-elok kan dah kena marah”
“Ni Sicheng kacau aku nak buat kerja”
“Mana ada”
Muncul pula suara-suara orang berbual-bual dari pintu depan.Lambat sungguh lahai jalannya nak ke mari.Tersembul tiga tubuh tinggi di sebalik dinding.Memang semua orang dalam rumah ni kene hensem ke?Eh eh Kim Eunho fokus.
Dua-dua orang yang lain sibuk bersembang tapi yang mencuri perhatian aku ialah perilaku salah seorang daripada diorang.Dia berhenti dan memandang aku.Nampak matanya membulat dan terbeliak.Mesti dia terkejutkan ada perempuan dalam rumah ni.Tetiba dia berlari laju ke arah aku.
“OMG MY LOVELY SOFA!Woi jangan berdiri atas sofa aku.Turun turun!”
Ditepuk kuat kaki aku supaya turun dari sofa kesayangannya tu.Weh asal macam mak-mak ni?
Terkejut dengan perbuatan dia yang tiba-tiba,aku terus lompat ke bawah.
Muka dia aku pandang. Huih serius garang siot.Muka dia nampak marah dan dia tengok aku dengan pandangan tajam.“Kau berdiri lagi atas sofa aku,siap kau aku kerjakan”
Terus dia berlalu ke tangga dan hilangkan diri.Aku yang masih bingung terus memandang sekeliling.Nampak semua orang teruskan aktiviti mereka yang tergendala tadi.
Kepala aku pegang.Serius rasa pening gila.Terlompat sedikit aku apabila seseorang memegang bahu aku.Terus mata aku mendongak melihat wajahnya.Weh kenapa comel sangat ni.
“Eunho,mari saya rawat luka awak”
Dia tarik tangan aku menaiki tangga dan masuk ke dalam sebuah bilik di tingkat dua.Aku hanya akur tanpa keluarkan suara.Bilik ni macam klinik.Ada beberapa katil dan alat-alat pembedahan.Sebijik macam hospital.
Teragak-agak aku duduk di atas katil seperti yang dia arahkan.Aku perhatikan gerak geri dia yang sedang keluarkan first aid dari almari.Dia hampiri aku dan duduk disebelah aku.Senyuman tak pernah lekang di wajahnya.Weh tak kan la ada mafia yang kerja dia bunuh orang,suka senyum macam dia ni kot?
“Nama saya Jungwoo.Tahan sikit ye”
Mata aku tak lepas memandang matanya sambil Jungwoo menyapu cream pada luka aku.Sakit mula terasa apabila dia menekan sedikit luka aku.
“Auchh”
Matanya naik memandang mata aku.Tergamam sikit.Handsome nya lahai.Beberapa saat berbalas pandangan, Jungwoo melarikan pandangan kepada luka aku semula.
“Sorry”
Perlahan je suara dia berkata.Tergugat sikit je ni hati aku.
Sekali lagi aku menjerit perlahan.Dia nampak terperanjat dengan suara aku. Suara jantan sekali kau!Sakit siot masa dia bersih luka dekat bibir aku.Dah la terkoyak bibir ni.Ditekannya pulak.
“Hehe mian”
Dia menyambung semula kerjanya di bahagian pipi.Dia menarik muka aku menghadapnya semula lepas aku gerakkan kepala.Haih main sentuh-sentuh pulak dia ni.
“Hmm Jungwoo,nak tanya?”
Mata di angkat pandang matanya yang ligat perhati pipi aku.Dia naikkan pandangan ke mata aku.
“Boleh semua soalan saya boleh jawab kecuali satu soalan”
Riak hairan aku tunjuk.Dia masih leka mencuci luka aku di bahagian bawah mata.
“Soalan apa?”
“Saya tak boleh jawab kalau awak tanya siapa boss kitorang”
Amboi siap senyum kau.Macam mana dia boleh tahu siot.
“Alahh nak tahu jugak”
“Tak boleh!”
Mulut di pout kan.Dia pun tak nak bagitahu.Siapa je nak bagitahu aku?Mati keras kat sini la aku gamaknya.
“Tak nak kawan”
Habis je Jungwoo tampal plaster pada wajah aku, terus aku lompat turun dari katil.Katil tinggi tak boleh buat apa la.Aku keluar dari bilik tu dan hempas pintu kuat.Menyampah!
“Kau ingat ni rumah kau ke,nak hempas pintu kuat-kuat?”
Terlompat sedikit aku,apabila satu suara muncul.Pantas mata memandang ke arah tu.Nampak seorang lelaki tengah bersandar di dinding sebelah kanan aku.Berambut hitam,baju hitam berlengan pendek tersarung dibadannya.
“Biar la,tak kacau kau pun”
Aku jeling sekilas sebelum menuju ke arah tangga.Belum sempat aku bergerak, dia lebih pantas mencengkam erat muka aku. Weh baru letak ubat tadi kot.Tak kan nak kena pukul lagi.Mata dia nampak marah.Dia menikam mata aku tajam.
“Kalau kau tak nak mati,jangan jadi kurang ajar”
Hampir pekak telinga aku,bila dia menjerit betul-betul dihadapan muka.Dia tolak muka aku ke tepi.Berkat dengan tindakannya, hidung aku berjaya mencium dinding.
Terduduk aku di atas lantai yang sejuk.Mata terpaku pada tompokan darah yang menitis laju dari hidung aku.“Jaehyun hyung, apa kau buat ni?”
Jungwoo yang baru keluar dari bilik,terkejut apabila melihat aku yang berada di lantai dengan hidung yang berdarah.Terus dia menerpa ke arah aku.Jaehyun serabutkan rambutnya sebelum berlalu pergi tanpa berkata apa.
Aku pulak masih terkejut dengan apa yang baru jadi.Tanpa sedar air mata menitis laju.Melihat keadaan aku,Jungwoo terus mencempung tubuh kecilku ke dalam bilik tadi semula.Dia baringkan aku di atas katil sebelum ambil tisu dan sumbatkan ke dalam hidung aku yang berdarah.
“Jangan la nangis”
Jungwoo nak kesat air mata di pipi aku tapi aku telengkan kepala ke arah lain.Menghalang dia berbuat demikian.Aku lap air mata aku dengan kasar.Rasa sakit yang mula kembali semula,aku endahkan.
Hah apa salah aku sebenarnya ni.Penat la hidup macam ni.
Tanpa aku sedar Jungwoo letakkan ubat tidur dalam ubat yang dia bagi aku makan.Mata jadi lali sebelum nampak bayangan kabur Jungwoo dan Taeil di hadapan aku.“Kesian dia,hyung”
YOU ARE READING
That Girl•NCT•
FanficThis girl just curious but she's doesn't know her curiosities will lead her die. No one knows. [Dont judge a book by its cover] Read first comment later -malayfanfiction-